Utusan Borneo (Sarawak)

Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bersifat sukarela, surat hak milik individu dikeluar di bawah Seksyen 18

- Oleh Agnes Tugong

BAU: Tuduhan bahawa penyukatan tanah di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri adalah helah kerajaan untuk merampas tanah rakyat adalah tidak benar.

Tegas Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kerajaan negeri sentiasa mengiktira­f tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) berdasarka­n undangunda­ng.

“Saya banyak kali mengatakan ini, kalau tidak yakin dengan Seksyen 6 serah balik kepada kerajaan.

“Tetapi tidak ada yang berbuat demikian sebaliknya banyak permohonan diterima untuk menyukat tanah di bawah Seksyen 6 sebelum surat hak milik individu dikeluarka­n di bawah Seksyen 18.

“Jadi tuduhan yang mengatakan penyukatan tanah di bawah Seksyen 6 adalah helah kerajaan untuk merampas tanah ternyata tidak benar,” ujarnya.

Tetapi tidak ada yang berbuat demikian sebaliknya banyak permohonan diterima untuk menyukat tanah di bawah Seksyen 6 sebelum surat hak milik individu dikeluarka­n di bawah

Seksyen 18.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Timbalan Ketua Menteri

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di Dewan Kampung Tanjong Poting, Singai di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Abdullah Julaihi.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua menambah, kerjakerja penyukatan tanah telah bermula sejak tahun 1960 lagi.

Bagaimanap­un katanya dalam tempoh tersebut sehingga 2010 hanya 260,000 hektar tanah NCR berjaya disukat.

Justeru bagi mempercepa­tkan kerja-kerja penyukatan tanah ini, kerajaan memperkena­lkan inisiatif baharu.

Melalui inisiatif baharu ini dari 2010, kerajaan menerusi Jabatan Tanah dan Survei telah berjaya menyukat lebih daripada 942,000 hektar tanah di seluruh Sarawak dan mewartakan lebih daripada 750,000 hektar.

“Kerja-kerja penyukatan tanah ini kita buat tanpa paksaan dan mengikut permintaan pemilik yang terlibat.

“Sebelum kerja-kerja penyukatan dibuat, kita adakan sesi dialog dengan pemilik supaya kedua-dua pihak jelas akan keluasan dan sempadan tanah masingmasi­ng,” katanya.

Bagi meneruskan kerja-kerja penyukatan tanah NCR, kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) menurut Awang Tengah

menyediaka­n peruntukan RM40 juta tahun ini bagi tujuan tersebut.

Selain itu katanya kerajaan negeri juga menambah kakitangan Jabatan Tanah dan Survei bagi mempercepa­tkan kerja-kerja penyukatan melibatkan perbelanja­an RM30 juta setahun.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? HAK MILIK: Awang Tengah (tengah) merakamkan gambar bersama tiga wakil penerima surat hak milik tanah di Kampung Tanjong Poting, Singai, Bau semalam. Turut kelihatan Henry (tiga kiri) dan Abdullah (tiga kanan).
— Gambar Roystein Emmor HAK MILIK: Awang Tengah (tengah) merakamkan gambar bersama tiga wakil penerima surat hak milik tanah di Kampung Tanjong Poting, Singai, Bau semalam. Turut kelihatan Henry (tiga kiri) dan Abdullah (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia