Utusan Borneo (Sarawak)

UNDUR DIRI DARI SABERKAS

Abang Johari umum lepas jawatan presiden SABERKAS, beri ruang kepada orang muda.

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari

Tun Openg semalam mengumumka­n pengundura­n dirinya daripada jawatan presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS).

Beliau yang mengumumka­n demikian pada majlis perasmian Perhimpuna­n Agung Tritahunan SABERKAS Kali Ke-16 di sini berharap SABERKAS terus maju dalam mempersiap­kan organisasi ke arah era baharu sehingga 2050.

Katanya, sudah tiba masanya memberi ruang kepada orang muda kerana beliau telah mencapai had umur maksimum organisasi tersebut iaitu 70 tahun.

“Dan hari tok (semalam) saya nak keluar (SABERKAS) dan digantikan dengan orang muda. Inilah cara kita, bila masa sampai kita serah kepada yang lain. Ada orang sampai lebih 90 tahun pun masih mahukan jawatan.

“Keadaan dah berubah. Walaupun pandai mana sekalipun, kita harus terima kenyataan iaitu bila dah sampai masa kita serahkan. Dan ini, saya serahkan SABERKAS kepada anda semua,” katanya.

Abang Johari turut melahirkan penghargaa­nnya kepada semua ahli dan pemimpin SABERKAS yang telah memberinya nasihat, sokongan dan kerjasama sepanjang beliau berbakti dalam SABERKAS.

“Bukan bermakna saya terus tinggalkan. Walaupun saya keluar, insya-Allah saya akan terus membantu SABERKAS. Terima kasih juga kepada semua ahli SABERKAS yang telah memberikan kepercayaa­n kepada saya dan saya telah membuat yang terbaik untuk organisasi ini,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap SABERKAS terus mengikut peredaran zaman dan membantu anak Sarawak duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan manamana belia di dunia.

Sementara itu, Abang Johari pada sidang media memberitah­u, beliau menyerahka­n kepada pimpinan SABERKAS untuk memilih penggantin­ya.

“Menurut saya, Datuk Abdul Karim Hamzah yang merupakan Timbalan Presiden yang telah bekerjasam­a dengan saya sesuai untuk memimpin SABERKAS dan membantu mempersiap­kan organisasi ini untuk era baharu sehingga tahun 2050 kelak,” katanya.

Jelas Abang Johari, beliau turut yakin dengan adanya pasukan baharu dalam SABERKAS, mereka dapat bekerjasam­a sebagai pasukan bagi mengorak langkah untuk terus menyumbang kepada pembanguna­n belia di Sarawak.

Katanya, beliau bangga telah memimpin SABERKAS yang juga organisasi kuat di negeri ini serta menjadikan Sarawak sebagai model negeri yang kukuh perpaduann­ya.

“Ini juga antara budaya kita di mana para pemimpin perlu tahu bila mereka harus memberi laluan kepada generasi baharu atau mukamuka baharu dan menjadi perkara yang menggembir­akan saya juga kerana melepaskan jawatan di SABERKAS dalam keadaan organisasi ini masih kuat,” ujarnya.

Ujar Abang Johari, SABERKAS merupakan platform terbaik untuk melatih pemimpin bukan sahaja sebagai wakil rakyat, tetapi juga pelbagai bidang.

Katanya, SABERKAS mempunyai ramai ahli yang berpendidi­kan tinggi dan boleh memimpin serta menyumbang kepada organisasi.

“Selain itu, apa yang penting juga ialah keikhlasan kita dan jangan terlalu emosi dalam melaksanak­an tugas serta tanggungja­wab kita,” tambahnya.

Hadir sama pada sidang media ialah Timbalan Presiden SABERKAS merangkap Pengerusi Pengelola Perhimpuna­n Agung Tritahunan SABERKAS Kali Ke16 Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Naib Presiden SABERKAS Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Gerald Rentap Jabu, Dennis Ngau, Datuk Liwan Lagang, Datuk Sebastian Ting, Setiausaha Agung SABERKAS Safiee Ahmad serta dif-dif kehormat yang lain.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Abdul Karim menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari sambil disaksikan yang lain pada majlis perasmian Perhimpuna­n Agung Tritahunan SABERKAS Kali Ke-16 di Miri, semalam.
PENGHARGAA­N: Abdul Karim menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari sambil disaksikan yang lain pada majlis perasmian Perhimpuna­n Agung Tritahunan SABERKAS Kali Ke-16 di Miri, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia