Utusan Borneo (Sarawak)

Murray di ambang kekalahan sebelum tewaskan Zverev

Jaguh Britain itu catat kemenangan pertama ke atas pemain dalam senarai 10 terbaik dunia dalam tempoh tiga tahun

-

NEW YORK: Jaguh Britain, Andy Murray, meraih kemenangan pertama beliau ke atas pemain dalam senarai 10 ranking teratas dunia sejak lebih dari tiga tahun pada Isnin apabila menyingkir­kan pemain ranking ketujuh dunia, Alexander Zverev pada kejohanan Terbuka Western & Southern di sini.

Murray diambang kekalahan apabila Zverev melakukan servis pada mata akhir dalam set ketiga tetapi memenangi tiga permainan berturut-turut untuk menang 6-5, 3-6 dan 7-5 dan menempah tempat ke pusingan 16 akhir pada kejohanan yang dipindahka­n dari Cincinnati ke New York untuk memudahkan kawalan dan pergerakan pemain menjelang Terbuka AS, yang turut diadakan di venue yang sama pada 31 Ogos depan.

Murray adalah juara Siri Master Cincinnati pada 2008 dan 2011 tetapi bekas pemain nombor satu dunia itu ketika ini berada pada ranking ke129 dunia selepas beberapa kecederaan termasuk yang terbaharu semasa Piala Davis pada bulan Januari dan kemudian kerana pandemik koronaviru­s (COVID-19) yang menyebabka­n sukan tenis terhenti selama lima bulan sejak bulan Mac, menyebabka­n beliau tidak beraksi sehinggala­h pada minggu ini.

Ia adalah kemenangan pertama beliau ketika menentang pemain dalam senarai 10 ranking teratas dunia sejak menewaskan Kei Nishikori dari Jepun di Terbuka Perancis pad 2017.

Sejak itu, beliau menjalani dua pembedahan pada kecederaan di tulang pinggul dan hanya bermain dua perlawanan menentang lawan dalam 10 ranking teratas dunia.

Seterusnya, beliau akan menentang jaguh Kanada, Milos Raonic.

Pada perlawanan lain, pemain dari Serbia, Filip Krajinovic, mengejutka­n pilihan kedua kejohanan, Dominic Thiem dari Austria dengan kemenangan mudah 6-2 dan 6-1.

Krajinovic, pemain ranking ke-32 dunia, mengambil sepenuh peluang apabila lawannya, naib juara Terbuka Australia awal tahun ini, gagal mencari rentak pada perlawanan pertama beliau sejak Jelajah ATP disambung semula.

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, menangani masalah di bahagian leher untuk menewaskan Ricardas Berankis 7-6(7/2) dan 6-4.

Jaguh dari Serbia itu menarik diri dari acara bergu pada kejohanan di sini kerana masalah yang sama di bahagian lehernya, dan beliau ada menerima rawatan tepi gelanggang semasa perlawanan menentang Berankis.

Di pusingan seterusnya, Djokovic akan menentang pemain tuan rumah, Tennys Sandgren, yang menewaskan pilihan ke-15, Felix Auger-Aliassime dari Kanada 6-7(4/7), 6-2 dan 7-6(7/5). — AFP

 ??  ?? ANDY MURRAY
ANDY MURRAY
 ??  ?? ALEXANDER ZVEREV
ALEXANDER ZVEREV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia