Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Petronas sumbang RM1 juta kepada Hospital Miri

-

MIRI: Yayasan Petronas menerusi projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) menyumbang peralatan dan bekalan perubatan bernilai RM1 juta kepada Hospital Miri semalam.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata selain menerima empat unit mesin ventilator, Hospital Miri juga menerima peralatan perlindung­an peribadi (PPE), pelitup separuh muka, cecair pensanitas­i tangan dan sebagainya.

“Sebelum ini, Hospital Miri menerima dua katil unit rawatan rapi (ICU), kini menerima empat unit mesin ventilator dan banyak lagi peralatan lain dengan jumlah RM1 juta,” katanya di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata sumbangan tersebut bagi membantu petugas barisan hadapan hospital terbabit dan penjaga kesihatan mengurangk­an penularan COVID-19.

“Empat unit mesin ventilator ini boleh menampung kegunaan pesakit kanakkanak dan dewasa dan kita berterima kasih kepada Petronas memahami keperluan mendesak Hospital Miri,” katanya.

Menurutnya, sudah tiba masanya Petronas memberi tumpuan membantu menaik taraf fasiliti hospital di Sarawak dianggap masih jauh ketinggala­n berbanding di Semenanjun­g Malaysia.

“Jika kita lihat di Semenanjun­g Malaysia, setiap negeri memiliki hospital negeri serba lengkap dengan peralatan perubatan justeru amat perlu jika hospital di Sarawak juga memiliki kemudahan sama,” jelasnya.

Sementara itu, mesin ventilator sumbangan Yayasan Petronas turut diserahkan kepada Hospital Umum Kuching, Pusat Jantung HUS Kota Samarahan dan Hospital Bintulu dengan jumlah keseluruha­n 23 unit.

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada RM20 juta Yayasan Petronas dalam bekalan dan peralatan perubatan yang diumumkan pada 23 Mac lalu.

Sumbangan dilakukan secara berperingk­at-peringkat dengan kolaborati­f Kementeria­n Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Selain peralatan perubatan, Petronas juga menghulurk­an bantuan kepada penguat kuasa dan makanan serta kad hadiah Petronas kepada isi rumah layak bagi membantu mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Petronas menerusi MLNG, Petronas Carigali Sdn BhdSarawak Oil, Petronas Carigali Sdn Bhd-Sarawak Gas menyumbang alatan pensanitas­i dan kimia bernilai RM24,000 kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengurangk­an penularan COVID-19 di bandar dan pekan utama negeri ini.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd Sarawak Oil Morris Mail dan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong.

 ??  ?? MANFAAT BERSAMA: Jack, Lee dan Morris (dua dari kiri) masing-masing menunjukka­n tanda bagus selepas menerima mesin ventilator sumbangan Yayasan Petronas di Hospital Miri semalam.
MANFAAT BERSAMA: Jack, Lee dan Morris (dua dari kiri) masing-masing menunjukka­n tanda bagus selepas menerima mesin ventilator sumbangan Yayasan Petronas di Hospital Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia