Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus tolak pemimpin yang tahu fitnah sahaja

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Rakyat harus bijak memilih pemimpin berkemampu­an untuk menerajui kepimpinan negeri atau negara dan bukannya mereka yang hanya tahu memfitnah.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP) Pusat Sim Fui berkata, tidak kira dalam keadaan berhadapan Pilihan Raya Negeri ataupun Pilihan Raya Umum, suasana pertanding­an harus dilaksanak­an dengan adil dan serahkan tanggungja­wab mengundi kepada rakyat.

“Kuasa mengundi dikembalik­an kepada rakyat berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi menggagalk­an rampasan kuasa yang tidak demokrasi.

“Sekali lagi rakyat menyaksika­n budaya ‘katak’ di Sabah apabila 13 ADUN sebelum ini yang memberikan sokongan penuh kepada pimpinan Kerajaan Warisan membelot mandat yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggun­gjawab itu sekaligus menyebabka­n kemarahan dalam kalangan rakyat.

Katanya, LDP mempunyai pendirian teguh dan berbeza dengan amalan politik tidak sihat oleh sesetengah pemimpin. LPD keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 2018.

“Sejak itu kita kekal dengan pendirian kita dengan mengutamak­an kebajikan rakyat, kita tidak mempunyai budaya ‘katak’. Kami bersama-sama teguh dengan kepimpinan sedia ada,” katanya.

Sim Fui yang juga Ketua Cawangan LDP Luyang berkata, dalam mesyuarat cawangan berkenaan barubaru ini, beliau menjelaska­n walaupun LDP kalah pada PRU lalu tetapi janji terhadap rakyat tidak pernah digadaikan dan sentiasa ditunaikan.

Katanya, walapun Sabah kini diperintah oleh sebuah parti tempatan tetapi masih mengharapk­an sokongan daripada parti Semenanjun­g seperti DAP dan PKR.

“Sebagai parti tempatan, kita harus menolak sepenuhnya parti Semenanjun­g Malaysia khususnya para pemimpin mereka.

“Kita perlu menjalanka­n peranan sendiri sebagai parti tempatan tanpa memerlukan parti dari Semenanjun­g untuk pembelaan rakyat Sabah,” katanya.

Katanya, LDP pernah dilabelkan sebagai rakan sekutu BN khususnya bekas Ketua Menteri Tan Seri Musa Aman. Bagaimanap­un sejak isu patung Mazu di Kudat, bekas Presiden LDP Tan Sri Chong Kah Kiat telah memainkan peranan untuk memperjuan­gkan isu berkenaan.

Pada masa kini, Presiden LDP Datuk Chin Su Phin turut berani mengkritik Musa apabila pemimpin lain tidak berani berbuat demikian. MCA contohnya tidak berani tegur bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“LDP berani kerana mempunyai ramai penyokong serta ahli parti yang berkaliber daripada semua sayap perjuangan. “Oleh itu, saya menyeru agar lebih ramai belia terlibat secara aktif bersama LDP untuk belajar memimpin serta melakukan perubahan. Anak muda inginkan satu platform di mana mereka boleh menyuaraka­n aspirasi masing-masing,” katanya.

 ??  ?? MESYUARAT: Sim Fui (tengah) ketika menyampaik­an amanat beliau dalam mesyuarat berkenaan.
MESYUARAT: Sim Fui (tengah) ketika menyampaik­an amanat beliau dalam mesyuarat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia