Utusan Borneo (Sarawak)

Bukukan adat tradisi penduduk tempatan

Saranan Jonathan kepada masyarakat Dusun, untuk rujukan generasi akan datang

-

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin menyaranka­n kepada suku kaum Dusun agar membukukan adat budaya tradisi sebagai rujukan generasi muda akan datang.

Menurutnya, adat dan kebudayaan tradisi suku kaum Dusun amat penting dicatat dan dibukukan untuk bahan kajian serta rujukan generasi suku kaum itu, pada masa akan datang sesuai dengan edaran masa agar tidak hilang ditelan zaman.

Jonathan menjelaska­n demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pertemuan Budaya dan Pameran (Tadau Kaamatan) yang bertemakan ‘Adat Budaya Kehidupan Orang Asal’ di Kg. Monggis Ranau, barubaru ini.

Jonathan memuji majlis berkenaan, dianjurkan Pertubuhan Rakyat Moningolig Tungkus Sandad (MTS) yang beliau sifatkan sebagai satu landasan memperkuku­hkan budaya tradisi suku kaum Dusun khususnya di kawasan Parlimen Ranau.

Beliau turut merakam penghargaa­n kepada pihak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), United Nation Developmen­t Programme (UNDP), Global Inviroment Facility (GEF) dan Partner Off Organizati­on Society (PACOS-NGO) yang telah menyalurka­n dana USD20K kepada komuniti untuk tujuan melaksanak­an program-program pembanguna­n di peringkat kampung.

“Saya juga menekankan program-program PBB perlu dipertingk­atkan bagi mendidik penduduk kampung khususnya berkaitan pembentuka­n kerjasama kalangan komuniti ke arah yang lebih terorganis­asi,” katanya.

Sempena majlis itu, Jonathan memberi jaminan akan mengusaha peruntukan (dana) yang mencukupi daripada pihak kerajaan bagi melaksanak­an beberapa permohonan penduduk seperti pencawang untuk rangkaian telefon, penurapan jalan raya dan membina bangunan balai raya Kg. Monggis.

 ??  ?? CERIA: Sebahagian daripada AJK pelaksana majlis.
CERIA: Sebahagian daripada AJK pelaksana majlis.
 ??  ?? KENANGAN: Sebahagian penduduk Kg. Monggis merakam gambar bersama Jonathan (tengah).
KENANGAN: Sebahagian penduduk Kg. Monggis merakam gambar bersama Jonathan (tengah).
 ??  ?? TERBAIK: Jonathan ketika berucap merasmikan majlis itu.
TERBAIK: Jonathan ketika berucap merasmikan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia