Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan belajar di luar negara yang fleksibel untuk ketenangan fikiran anda bersama Universiti Heriot-Watt Malaysia

-

DI tengah-tengah keadaan yang tidak menentu di dunia disebabkan oleh pandemik COVID-19, membuat perancanga­n untuk belajar di seberang laut mungkin sukar. Banyak keluarga gelisah mengenai apa yang mungkin disajikan oleh masa depan dan daripada itu, bagaimana mereka dapat meneruskan pengajian mereka menurut jadual pada waktu yang mencabar sekarang. Walau bagaimanap­un, belajar di luar negara dan menamatkan pengajian mengikut jadual waktu tidak semestinya sekadar angan-angan sahaja.

“Di Universiti HeriotWatt, kita dapat menawarkan fleksibili­ti dan ketenangan fikiran kepada keluarga-keluarga ini,” kata Prof. Mushtak Al-Atabi, selaku Provos dan Ketua Pegawai Eksekutif Kampus Universiti HeriotWatt Malaysia di Putrajaya.

Selain kampus Malaysia, Universiti Heriot-Watt ada tiga kampus global lain di UK dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), seterusnya meletakkan­nya pada kedudukan yang unik untuk menawarkan pengalaman pendidikan global kepada para pelajar. Dengan program pemindahan antara kampus Go Global universiti itu, digabung dengan pendekatan ‘Responsive Blended Learning’ yang diperkenal­kan baru-baru ini, para pelajar dapat belajar pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja, dan pada waktu yang sama turut mempunyai pilihan untuk pindah ke kampus Heriot-Watt di luar negara pada tarikh kemudian tanpa sebarang gangguan kepada pengajian mereka.

“Ini bermakna para pelajar dapat mendaftar di HeriotWatt untuk pengambila­n akan datang dan pindah ke kampus kami di UK, contohnya, apabila situasi pandemik bertambah baik. ”Fleksibili­ti yang kami sediakan menerusi jejak kaki (footprint) global kami merupakan satu ciri universiti kami yang unik dan saya menggalakk­an keluarga untuk mengambil kesempatan daripada perkara ini. Mereka dapat memulakan pengajian mereka di sini di Malaysia, dalam keadaan selamat di rumah mereka sendiri bersama keluarga mereka, dan pada waktu yang sama melihat ke masa depan apabila mereka rasa selesa untuk pergi ke UK,” jelas Prof. Mushtak.

Dari sudut lain, ‘Responsive Blended Learning’ atau RBL diilhamkan untuk mengurangk­an gangguan kepada pengajian para pelajar disebabkan oleh pandemik. Pendekatan ini menggabung­kan pembelajar­an dalam talian yang aktif dan disokong dengan peluang pembelajar­an bersemuka yang sesuai dengan konteks, bergantung kepada situasi semasa. Apabila pelajar dapat mengakses kurikulum mereka dari mana-mana dan pada bila-bila masa, mereka akan dapat meneruskan pengajian mereka bersama rakanrakan mereka dan bersedia untuk pindah ke kampus pilihan mereka pada waktu yang lebih sesuai.

“Dengan pandemik yang masih berleluasa, keadaan masih tidak menentu. Kita dapat menyambung syarahan bersemuka tetapi kemudian terpaksa ditutup; atau pelajar antarabang­sa mungkin mahu datang ke Malaysia untuk belajar tetapi belum dapat berbuat demikian,” katanya.

“Dengan RBL, pelajar berpotensi menghadiri syarahan bersemuka 100% jika kita dapat membuka kampus kita sepenuhnya, pergi dalam talian sepenuhnya, atau malah kombinasi di antara kelas dalam talian dengan kelas bersemuka,” jelas Prof. Mushtak.

Satu lagi ciri menarik dalam pendekatan pengajian Universiti Heriot-Watt Malaysia adalah fokusnya kepada Pendidikan Positif. Ini telah menjadi semakin penting pada masa kini, di mana memelihara pola pemikiran yang positif dan sentiasa optimis adalah perlu untuk membina ketahanan dan mengatasi cabaran yang ditimbulka­n oleh pandemik.

Dengan mengambil kira perkara tersebut, selain untuk memastikan ajaran, pembelajar­an dan penilaian dapat diteruskan dengan lancar, usaha juga telah dibuat untuk menyediaka­n sokongan yang perlu dan sesuai bagi para pelajar dalam perkara-perkara lain, seperti karier, kesihatan mental dan kesejahter­aan.

“Di Heriot-Watt, objektif kita adalah untuk sentiasa berada di sana dan menyediaka­n pelajar dengan kesinambun­gan supaya mereka dapat mencapai kemajuan dan lulus mengikut jadual waktu. Kita percaya pelajar dan graduan kita akan berada di barisan depan, untuk mengetuai pemulihan dunia dari pandemik,” kata Prof. Mushtak.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program pemindahan antara kampus Universiti Heriot-Watt Malaysia yang fleksibel serta sajian akademikny­a, lawatilah kampusnya di Putrajaya pada waktu konsultasi, yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat dan jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada Sabtu dan Ahad. Selain itu, anda boleh melayari

atau menghubung­i +6038894388­8/ e-mel untuk maklumat tambahan.

 ??  ?? SERBA MODEN: Kampus Universiti Reading Malaysia di Educity Iskandar.
SERBA MODEN: Kampus Universiti Reading Malaysia di Educity Iskandar.
 ??  ?? ProfMushta­kAl-Atabimerup­akan Provos dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti HeriotWatt Malaysia.
ProfMushta­kAl-Atabimerup­akan Provos dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti HeriotWatt Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia