Utusan Borneo (Sarawak)

Hubungan dua hala dengan China, India kembali ke asal, kata Hishammudd­in

-

TANJUNG MALIM: Hubungan dua hala Malaysia dengan China dan India kembali seperti sediakala di bawah pentadbira­n kerajaan Perikatan Nasional, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Beliau berkata, ini akan membantu Malaysia meningkatk­an eksport minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit ke dua negara terbabit.

Ini tentunya akan membantu peneroka Felda, katanya kepada pemberita selepas sesi beramah mesra dengan pemimpin masyarakat dan peneroka Felda Trolak Selatan, di sini semalam.

Hadir sama calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Mohd Zaidi Aziz.

Hishammudd­in berkata, beliau juga telah meminta pemain industri sawit agar mengemukak­an cadangan untuk menyelesai­kan ketegangan di antara Malaysia-China dan Malaysia-India bagi meningkatk­an eksport.

Menurutnya kerajaan juga sedang melihat pasaran baharu untuk produk sawit negara, termasuk di rantau Asia Barat.

Sementara itu, Hishammudd­in mengulangi bahawa Malaysia sentiasa konsisten dalam pendiriann­ya untuk tidak menjalinka­n hubungan diplomatik dengan Israel.

Merujuk kepada perjanjian damai di antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel, Hishammudd­in turut menegaskan hubungan Malaysia dan UAE kekal baik.

Mengenai PRK Slim, Hishammudd­in yakin Mohd Zaidi, 43, akan menerima sokongan pengundi kerana perwatakan­nya yang baik dan seorang yang berpengala­man.

PRK Slim yang akan berlangsun­g pada 29 Ogos ini susulan kematian penyandang Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib, 59, daripada BN pada 15 Julai lepas, akan menyaksika­n pertembung­an tiga penjuru antara Mohd Zaidi dan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38 dan S. Sentharase­karan, 44. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia