Utusan Borneo (Sarawak)

581 penduduk bakal menikmati bekalan elektrik 24 jam menjelang Mac 2021

-

MUKAH: 581 penduduk di 18 rumah panjang serta sebuah perkampung­an di Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro bakal menikmati bekalan elektrik 24 jam menjelang Mac 2021.

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bernilai RM15 juta itu merupakan pembiayaan sepenuhnya Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Antara kawasan yang terbabit adalah Batang Lassa, Nanga Singat, Sungai Mawan, Sungai Serban dan Kampung Sawai.

Menurut ADUN Daro Safiee Ahmad, kawasan itu telah banyak berubah dan telah banyak pembanguna­n sejak 2016.

“Kerajaan negeri faham kos untuk mendapatka­n bekalan elektrik menggunaka­n engin jana kuasa sangat tinggi perlu ditanggung rakyat seperti di kawasan ini,” katanya pada Majlis Dialog BELB Batang Lassa, Nanga Singat, Sungai Mawan, Sungai Serban dan Kampung Sawai di Rumah Panjang Mohammadin Jumit, Batang Lassa semalam.

Turut hadir Pengurus Seksyen BELB Sarawak Energy

Wilayah Tengah Mariana Syelvester dan Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak hanya omong kosong demi memastikan janjinya ditunaikan bahawa menjelang 2025 semua penduduk di negeri ini bakal mendapat kemudahan elektrik 24 jam.

Projek ini merupakan salah satu daripada buktinya.

Lebih daripada itu, penduduk di kawasan itu kini turut sudah mendapat kemudahan jalan raya di mana pelbagai kenderaan sudah boleh diletakkan di hadapan rumah panjang mereka berbanding suatu ketika dahulu di mana kebanyakan mereka hanya mampu bermimpi mengenainy­a.

Ternyata GPS telah menjadikan kebanyakan mimpimimpi itu menjadi kenyataan walaupun ada yang mengambil sedikit masa.

Namun, semua kesabaran itu akhirnya berbaloi dengan segala kemudahan yang disalurkan.

Mengenai projek BELB itu, terdapat enam kawasan yang dikenal pasti memerlukan sistem projek khas iaitu sistem ‘submarine’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia