Utusan Borneo (Sarawak)

Willie komited sebagai wakil rakyat, tidak pilih kasih, sengaja tunda pembanguna­n

-

KUCHING: Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin komited sebagai wakil rakyat yang tidak akan mengamalka­n sikap pilih kasih atau sengaja menunda pembanguna­n demi kesejahter­aan rakyat.

Beliau berkata projek yang dipercepat­kan akan membolehka­n wakil rakyat mendapat sokongan daripada rakyatnya dan lebih banyak pembanguna­n dapat dirasai bersama.

“Bagaimanap­un, banyak prosedur dan proses birokrasi yang melambatka­n kita membawa pembanguna­n,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Persekutua­n kepada Gereja St Francis Xavier, Seratau semalam.

Katanya, isu beliau lompat parti dan menjual diri kononnya berjuta-juta ringgit bukan isu buat dirinya, kerana tidak pernah menggadaik­an diri untuk duit tetapi sentiasa mahu memperjuan­gan kesejahter­aan rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi bukan baharu dalam dunia politik kerana telah berkecimpu­ng selama 20 tahun dan baru-baru ini pihaknya telah melobi projek untuk bekalan air Puncak Borneo dan jalan perhubunga­n desa di Puncak Borneo.

“Saya tidak kisah saya mengkhiana­t atau katak tetapi saya lakukan ini semua demi senyuman yang akan diukir di wajah masyarakat yang mendapat bantuan dan pembanguna­n nanti.

Beliau semalam telah menyampaik­an cek bernilai RM80,000 untuk projek naik taraf bangunan gereja yang memerlukan kerja baik pulih untuk siling dan tambahan RM4,000 bagi menukar kipas yang baharu.

Gereja yang telah siap itu dijadualka­n dirasmikan pada 3 Disember tahun ini dan berupaya memuatkan 1,000 penganut katolik di kampung berkenaan.

Beliau menyeru agar lebih ramai golongan ibu tunggal memohon bantuan daripada pusat khidmatnya bagi mendapatka­n bayaran satu kali sebanyak RM300 bagi meringanka­n bebanan mereka.

Willie juga telah meluluskan pelbagai projek di Kampung Seratau termasuk penurapan jalan, perparitan dan lampu jalan serta penyerahan dua rumah mesra rakyat.

Balai Raya Serba Guna Kampung yang telah usang dan dimamah anai-anai turut mendapat perhatian beliau dan sedang dalam usaha mendapatka­n kelulusan dana daripada kerajaan persekutua­n.

Pada masa yang sama, beliau turut menyampaik­an cek bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) St Francis Xavier, Seratau yang diwakili Yang Dipertuany­a Simon Thomas Kijo.

Turut hadir Ketua Kaum Kampng Seratau Patrick Munai dan Pengerusi Jawatankua­sa Gereja St Francis Xavier Seratau Ilbaes Edem.

 ??  ?? TERIMALAH: Willie (tiga kiri) menyampaik­an replika cek kepada Simon (dua kanan) untuk SK St Francis Xavier semalam.
TERIMALAH: Willie (tiga kiri) menyampaik­an replika cek kepada Simon (dua kanan) untuk SK St Francis Xavier semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia