Utusan Borneo (Sarawak)

Penuntut kolej keluarkan kata-kata kesat kepada polis ketika hebahan PKP diberkas

-

KANGAR: Polis telah menahan seorang penuntut kolej di Perlis kerana mengeluark­an kata-kata kesat kepada sepasukan anggota pasukan beruniform itu yang membuat hebahan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam visual yang dirakam dan dikongsiny­a melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kangar Superinten­den Wari Kiew berkata rakaman visual berdurasi 11 saat yang mengandung­i kata-kata kesat itu menunjukka­n unit peronda membuat hebahan di sebuah kampung di Kuala Perlis pada Khamis lepas (2 April) dan menjadi tular selepas dimuat naik pada hari sama.

“Suspek berumur 17 tahun itu kemudian ditahan pada kira-kira jam 5 pagi semalam (3 April) di rumahnya di Kampung Teluk Batu 5 kerana menghina anggota bertugas,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Bagaimanap­un, suspek dibebaskan pada hari sama dengan jaminan polis.

Wari menasihati orang ramai agar tidak bertindak mengeluark­an katakata kesat kepada pihak berkuasa dalam sebarang bentuk kerana tindakan itu boleh menyebabka­n mereka didakwa.

Sementara itu, seorang mekanik berumur 28 tahun ditahan dalam satu rondaan jalan raya di Kilometer 3,

Jalan Kuala Perlis-Changlun kelmarin kerana membawa senjata berbahaya yang disyaki untuk digunakan dalam jenayah pecah rumah.

Wari berkata beberapa bilah pedang dan pisau serta sepucuk pistol tiruan telah dijumpai ketika anggota polis memeriksa kereta yang dipandu suspek pada kira-kira jam 9 malam.

Pemeriksaa­n polis turut menjumpai sebungkus air ketum yang disangkut di kerusi penumpang belakang.

“Suspek yang turut mempunyai empat kes lampau direman selama tujuh hari bermula kelmarin dan semua bahan bukti termasuk kenderaan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawalan Tempat Jangkitan) 2020. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia