Utusan Borneo (Sarawak)

8.3 juta isi rumah, bujang terima BPN mulai 6 April

Pembayaran berperingk­at fasa pertama itu membabitka­n peruntukan sebanyak RM5.63 bilion, kata Tengku Zafrul

-

“Dalam

pengumuman awal, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April ini melibatkan jumlah keseluruha­n sebanyak RM9.24 bilion, yang akan dibayar dalam dua fasa.

KUALA LUMPUR: Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang, akan dibuat secara berperingk­at mulai Isnin ini (6 April), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam satu kenyataan semalam beliau berkata, pembayaran fasa pertama itu membabitka­n peruntukan sebanyak RM5.63 bilion.

“Dalam pengumuman awal, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April ini melibatkan jumlah keseluruha­n sebanyak RM9.24 bilion, yang akan dibayar dalam dua fasa,” katanya.

Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan ‘scammers’ yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam, yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN itu.

Tengku Zafrul berkata penerima disaran merujuk kepada sumber, rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Beliau berkata, tempoh permohonan baharu dan rayuan BPN dibuka sejak 1 April hingga 30 April ini.

Sementara itu bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu dan rayuan, akan dibuat dan bagi mereka yang diluluskan bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.

Selain itu penerima BPN yang tidak mempunyai akaun

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Kewangan

bank, pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penerima BPN di kawasan pedalamanS­abahdanSar­awak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama, seperti di Semenanjun­g Malaysia.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementeria­n

Kewangan melalui nombor-nombor telefon 0388829089, 03-88829087, 03-88829191, 03-88824565, 03-88824566, dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada AhadJumaat atau pautan bsh@ treasury.gov.my pre2020@ treasury.gov.my atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) di talian 1-800 882 747, 03-8911 1000, pada hari dan tempoh operasi sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia