Utusan Borneo (Sarawak)

Lima lelaki didakwa kerana berjudi dan melanggar PKP

-

SIBU: Lima lelaki berusia antara 42 hingga 73 tahun didakwa di Mahkamah Majistert di sini kelmarin kerana berjudi dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 31 Mac lepas.

Chin Chiew Ing, 50, Chin Seng Kiong, 42, Chiu Teck Kiong, 49, Chin Tsing Two, 55, Kong Sieng Kiou, 52, dan Chin Ah Luk, 73, dikenakan denda RM3,500 atau seminggu penjara bagi pertuduhan berjudi.

Sementara bagi pertuduhan melanggar PKP, kelima-lima mereka dikenakan denda RM1,000 atau seminggu penjara.

Terdahulu, kesemua mereka didakwa berkumpul dan bermain mahjong di sebuah bengkel kereta di Pekan Durin pada 31 Mac 2020, kira-kira jam 3.40 petang.

Bagi pertuduhan berjudi, mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Judi Tumah Terbuka 1953 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, kelimalima mereka telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) dan dihukum mengikut Peraturan 7(1) PeraturanP­eraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, lima lelaki berumur antara 24 hingga 52 tahun turut dikenakan denda RM1,000 atau seminggu penjara kerana melanggar PKP.

Ngie Sie Lok, 51, Liew Kong Bun, 24, Tie Teck Hock, 34, Ling Su Hua, 24, dan Ling Chez Seng, 52, didakwa melanggar PKP dengan berkumpul di sebuah rumah di Jalan Belatok pada 30 Mac 2020, kira-kira jam 1 petang.

Sebelum ini, Ngie telah didakwa menjadikan kediamanny­a sebagai tempat berjudi sementara Liew, Tie, Su Hua dan Chez Seng didakwa bermain judi di kediaman Ngie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia