Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda mengaku bersalah mencuri kereta, motosikal

-

MIRI: Seorang pemuda dijatuhkan hukuman penjara 54 bulan dan denda dan denda RM8,500 atau tujuh bulan penjara setelah mengaku bersalah atas tuduhan mencuri sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad setelah menimbangk­an beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Joseph Suduk Avina, 22, dari Permyjaya telah didakwa atas dua tuduhan mencuri mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapi.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh didapati telah mencuri sebuah motosikal dengan nombor pendaftara­n QMR97xx dan bernilai RM4,000 kepunyaan Gebrail Aba, 46.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 pagi, 8 Mac lalu di hadapan sebuah kedai tayar di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh didapati telah mencuri sebuah kereta bernombor pendaftara­n QRJ9xx berharga RM20,000 dan merupakan kepunyaan Lau Fang Chyi, 28.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 11.30 malam, 17 Mac lalu di sebuah lot di Jalan Permata 2A Desa Bahagia di sini.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara.

Manakala bagi kesalahan kedua, tertuduh dihukum penjara 36 bulan dan denda RM6,000 atau empat bulan penjara.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh jatuh hukuman kelmarin.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

SARIKEI: Seramai 23,660 ketua isi rumah (KIR) di Bahagian Sarikei bakal mendapat pakej barang makanan yang akan disalurkan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sarikei.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana (COVID-19) Bahagian Sarikei Datu Len Talif Salleh berkata, pengagihan tersebut akan disalurkan melalui wakil dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masingmasi­ng di bahagian ini.

“Setiap pakej yang akan disalurkan ini dianggarka­n bernilai RM50 dan antara barangan yang akan diagihkan kepada KIR ialah beras, telur, minyak masak dan beberapa keperluan lain.

“Kita berharap setiap pakej yang disalurkan ini dapat meringanka­n beban dan menampung keperluan harian para penerima sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Masyarakat tidak perlu risau tentang penghantar­an pakej ini kerana ia akan dihantar terus ke lokasi iaitu rumah panjang dan kampung yang telah tersenarai sebagai penerima bantuan,” ujarnya.

Len berkata demikian kepada media pada Majlis Penyerahan Bantuan Makanan Bahagian Sarikei yang diadakan di Dewan Pejabat Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak Bahagian Sarikei, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom, ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing dan Residen Bahagian Sarikei Felicia Tan Ya Hua.

Menurut Len, fasa pertama pengagihan pakej bantuan akan dilakukan secara berperingk­at.

“Kini, pakej ini akan diagihkan kepada pusat-pusat khidmat masyarakat yang terdapat di sesebuah DUN sebelum ia diagihkan kepada masyarakat.

“Justeru, kita berharap ketua masyarakat, ketua kaum dan tuai rumah dapat memainkan peranan mereka dalam perkara ini dan sentiasa berhubung dengan pusat khidmat di kawasan

DUN masing-masing untuk mengetahui status pengagihan pakej.

“Kita akan sentiasa memastikan pengagihan ini berjalan lancar dan memastikan tiada yang terabai.

“Oleh itu, kita berharap masyarakat di peringkat akar umbi dapat memberikan sokongan moral kepada pihak kita sepanjang pengagihan ini dilakukan nanti agar ia dapat sampai terus kepada masyarakat,” tegas Len.

Sehubungan itu, Len menyeru masyarakat agar terus mematuhi PKP yang telah dikuatkuas­akan sejak 18 Mac lalu bagi memastikan COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.

“Kekalkan momentum untuk menjadikan beberapa daerah di bahagian ini sebagai kawasan hijau dan bebas COVID-19 dan patuhi arahan PKP yang pada masa kini telah mencapai tahap 98 peratus pematuhan,” ujar Len lagi.

Dalam pengagihan fasa pertama ini, sebanyak 924 kampung dan rumah panjang di Bahagian Sarikei tersenarai sebagai penerima bantuan yang melibatkan kos RM1,183,000.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Len menyampaik­an pakej makanan kepada ketua masyarakat dari beberapa daerah di Bahagian Sarikei untuk diagihkan kepada KIR yang telah tersenarai.
RINGANKAN BEBAN: Len menyampaik­an pakej makanan kepada ketua masyarakat dari beberapa daerah di Bahagian Sarikei untuk diagihkan kepada KIR yang telah tersenarai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia