Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa disaran pantau emosi anak tidak dapat pulang kerana PKP

-

SIBU: Ibu bapa disaran sentiasa memantau keadaan emosi, mental dan fizikal anak-anak yang belajar di tempat lain serta tidak dapat pulang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Irene Chang berkata, terdapat pelajar yang tidak dapat pulang atas sebab-sebab tertentu termasuk disebabkan PKP.

“Ramai daripada mereka kini tinggal di bilik masingmasi­ng. Ini satu cabaran yang hebat terutama kepada pelajar tahun pertama yang masih belum serasi dengan persekitar­an mereka.

“Mereka juga mungkin belum mempunyai ramai kawan yang boleh memberikan sokongan moral dan emosi semasa waktu sukar ini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Menurut Chang, pelajar ini jika tidak diberi perhatian cenderung untuk mengalami tekanan perasaan atau mental.

Chang berkata, beberapa hari lepas beliau ada menerima panggilan dari seorang pelajar tahun pertama yang tinggal sendirian di bilik sewa sejak 17 Mac lepas, selepas semua rakan sebiliknya pulang ke rumah masing-masing sebelum PKP dilaksanak­an.

“Pelajar ini amat sedih dan memberitah­u berasa tertekan serta mahu pulang. Beliau juga memberitah­u kehabisan bekalan makanan.

“Selepas mendengar masalah beliau, saya percaya beliau menghadapi masa yang sukar. Sehubungan itu, saya telah meminta rakan saya Michelle Ng yang juga ADUN Subang Jaya untuk membantu.

“Kini pelajar ini telah diberi bantuan dari segi bahan makanan serta pemeriksaa­n kesihatan,” jelas Chang.

Dengan PKP masih belum pasti sama ada akan disambung atau sebaliknya, beliau menyeru ibu bapa agar sentiasa memantau keadaan anak-anak mereka dengan menghubung­i atau membuat panggilan video setiap hari.

“Dengan cara ini, kita dapat membantu mereka secara tidak langsung serta memberi semangat untuk mereka menghadapi waktu sukar seperti ini,” ujar beliau.

 ??  ?? CHANG
CHANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia