Utusan Borneo (Sarawak)

PENIAGA JANGAN AMBIL KESEMPATAN NAIKKAN HARGA BARANG: STANLEY

-

Peniaga di negeri ini dinasihatk­an agar tidak mengambil kesempatan terhadap situasi semasa COVID19 dengan menaikkan harga gel sanitasi tangan, penutup hidung dan mulut serta barangan keperluan lain.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak Datuk Stanley Tan berkata, peniaga tidak boleh menyembuny­ikan barangan tersebut dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman berat.

“Jadilah peniaga yang beretika dengan tidak menaikkan harga barangan sesuka hati terutama barang keperluan. Jika tidak mereka akan berhadapan penalti berat,” katanya kepada The Borneo Post semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap aduan orang ramai berhubung kenaikan harga gel sanitasi tangan yang dijual oleh pihak farmasi di bandar ini.

Stanley berkata, mana-mana peniaga yang didapati bersalah menyorok barangan keperluan akan didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau keduaduany­a sekali di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Untuk badan korporat, sekiranya didapati bersalah di bawah akta yang sama akan didenda tidak melebihi RM3 juta,” tegasnya.

Menurut beliau lagi, setiap pelanggan mempunyai hak untuk membuat aduan mengenai apa jua perkara salah yang dilakukan oleh peruncit atau entiti perniagaan.

Biarpun gel sanitisasi tangan bukan di bawah kawalan kerajaan pada masa sekarang katanya, KPDNHEP masih boleh mengambil tindakan sekiranya terdapat aduan orang ramai selagi ia di bawah rangka undang-undang sedia ada.

“Sekiranya peruncit atau pemborong menjual gel sanitasi tangan pada harga tinggi, pegawai penguat kuasa (KPDNHEP) akan mengambil tindakan terhadap Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

“Jika didapati bersalah, individu akan didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Untuk badan korporat yang didapati bersalah melakukan kesalahan sama, mereka akan didenda tidak melebihi RM500,000,” tambahnya

Pengguna katanya, dinasihatk­an untuk membuat laporan tentang sebarang kenaikan harga atau peniaga yang tidak beretika ke pejabat KPDNHEP di seluruh negeri.

Stanley berkata, aduan tersebut boleh dihantar melalui e-mel, WhatsApp atau dengan menghubung­i nombor talian di laman web kementeria­n.

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia