Utusan Borneo (Sarawak)

PASANGAN RUSIA KAGUM DENGAN KESANTUNAN WARGA LAWAS

Terkandas sejak 16 Mac lalu susulan PKP, berasa lebih selamat daripada pulang dengan COVID-19 lebih teruk di tanah air

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: “Terima kasih, penduduk Lawas memang baik hati.” Itu luahan pasangan Rusia yang terkandas di Lawas sejak 16 Mac lalu sejurus menerima bantuan bekalan makanan semalam.

Kudriashor Ivan bersama isteri, Anna dan anak perempuan mereka, Mariana yang berusia tiga tahun juga melahirkan rasa syukur kerana dijaga dengan mesra oleh keluarga angkat di rumah kebun buah-buahan milik seorang penduduk di Kampung Pengalih di sini.

Pasangan dari Wilayah Sochi itu mendapat agihan bekalan makanan daripada Pusat Khidmat Parlimen Lawas dan Pusat Khidmat PBB Bukit Sari.

Pasangan Rusia

Bantuan sumbangan makanan berupa buah-buahan tempatan disampaika­n oleh Timbalan Menteri Pembanguna­n Kemajuan Luar Bandar Datuk Henry Sum Agong yang turut menyerahka­n sumbangan daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Hadir pada penyerahan sumbangan itu ialah Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Setiausaha Pusat Khidmat Parti PBB Bukit Sari

Awang@Ibrahim Ahmat dan ahli-ahli parti PBB Ba’ Kelalan dan Bukit Sari.

Ivan yang ditemui media dan agensi kerajaan berkaitan sebelum ini mahu terus berada di Lawas sehingga keadaan kembali pulih.

Sebelum ini, beliau telah melalui sempadan dari Miri ke Limbang dan akhirnya berada di Lawas pada hari arahan PKP dikeluarka­n.

Bagi beliau, sikap ramah dan prihatin penduduk Lawas membuat beliau berasa selamat daripada mengambil risiko pulang ke Rusia dalam keadaan wabak di negaranya yang lebih teruk.

Ivan dan keluarga dibenarkan tinggal di rumah kebun itu secara percuma selepas menolak tawaran dipindahka­n ke Hotel Seri Malaysia Lawas.

Henry turut meminta penduduk kampung agar menjaga keluarga Rusia ini dengan baik dan memastikan keperluan mereka dimaklumka­n kepada pihak berkenaan.

Terima kasih, penduduk Lawas memang baik hati.

Kudriashor Ivan dan Anna

 ??  ??
 ??  ?? MESRA: Ivan (tiga kiri) dan isterinya Anna begitu gembira sebaik menerima kunjungan Henry dan rombongan yang menyerahka­n bantuan semalam.
MESRA: Ivan (tiga kiri) dan isterinya Anna begitu gembira sebaik menerima kunjungan Henry dan rombongan yang menyerahka­n bantuan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia