Utusan Borneo (Sarawak)

Donadoni bimbang dengan kesihatan keluargany­a di Itali

-

SHANGHAI: Roberto Donadoni sepatutnya sibuk pada musim bola sepak di China tetapi fikirannya asyik memikirkan tentang penderitaa­n yang telah dibawa oleh COVID-19 ke bandar asalnya di utara Itali.

Hampir 14,000 orang sudah maut di Itali sejak pandemik bermula, lebih daripada mana-mana negara lain, dan wilayah dari mana legenda AC Milan itu berasal paling teruk terjejas.

“Saya dari Bergamo, salah satu tempat dalam situasi yang sangat sukar sekarang. Keluarga saya berasal dari sana, ia sangat, sangat sukar,” kata bekas pemain antarabang­sa Itali berusia 56 tahun itu, sekarang jurulatih Shenzhen FC, kepada AFP menerusi telefon dari selatan China.

“Setiap hari saya bercakap dengan ibu saya, adik lelaki saya, adik perempuan saya. Saya dapat melihat keluarga saya menerusi Facetime atau Skype atau WeChat, tetapi ia adalah berbeza,” kata Donadoni.

“Apabila kita dekat dengan keluarga kita, ia adalah satu perkara, tetapi apabila kita berada 10,000 kilometer jauh, ia adalah persoalan yang berbeza.”

Donadoni, juara kelab Eropah sebanyak tiga kali sewaktu karier yang amat berjaya sebagai pemain bersama AC Milan, belum kehilangan anggota keluarga kepada COVID-19.

Bagaimanap­un katanya, bapa bekas isterinya meninggal dunia akibatnya dan dia amat bimbang mengenai rakan dan keluarga di kampung halaman.

Sebaliknya China, di mana wabak itu muncul pada hujung tahun lepas sebelum ia merebak ke seluruh dunia, perlahan-lahan kembali normal, tetapi musim bola sepak di sana sudah ditangguhk­an sampai bila-bila masa.

Donadoni mahu bertemu semula dengan isterinya, Cristina, dan anak perempuan mereka yang berusia enam tahun, yang tinggal di kawasan pergununga­n di luar Milan.

Bagaimanap­un ini telah dirumitkan oleh sekatan sementara yang diperkenal­kan oleh China pada hujung minggu lepas yang melarang orang asing daripada memasuki negara itu dalam usaha untuk menyekat gelombang jangkitan COVID-19 import.

Seperti ramai orang lain dalam dunia sukan, Donadoni,

yang melatih Itali pada 2006-2008, turut memberikan sedikit bantuan.

Dia membeli 15,000 penutup mulut dan juga cuba menyediaka­n sarung tangan dan sut pelindunga­n badan kepada pekerja perubatan di Itali. Dia juga merancang untuk menghantar ventilator.

Tetapi dia rasa kecewa kerana penutup mulut tidak dihantar selama lebih 10 hari di Itali kepda mereka yang amat memerlukan­nya.

“Ini tidak dapat dipercayai, ini adalah mustahil. Ini adalah gila kerana pada waktu ini, orang mungkin kehilangan nyawa,” katanya.

“Ia adalah sangat penting bagi ahli politik (Itali) untuk cuba membantu saya dan semua orang lain yang mahu membantu.”

Namun fikiran terakhir Donadona adalah mengenai kampung halamannya – dan mesej harapan.

“Saya sangat bangga dengan bangsa saya, negara saya, bandar saya,” katanya.

“Bergamo dan Brescia (yang berdekatan) merupakan dua bandar dalam situasi yang sangat susah sekarang.

“Namun semangat, sifat, kuasa bangsa ini tidak dapat dipercayai.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RISAU: Gambar fail menunjukka­n Donadoni menyaksika­n pasukannya Shenzhen FC beraksi dalam perlawanan Liga Super China menentang Wuhan Zall FC pada tahun lalu.
— Gambar AFP RISAU: Gambar fail menunjukka­n Donadoni menyaksika­n pasukannya Shenzhen FC beraksi dalam perlawanan Liga Super China menentang Wuhan Zall FC pada tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia