Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea bekerjasam­a dengan Refuge kutip dana untuk mangsa dera

-

LONDON: Chelsea telah menjalinka­n kerjasama dengan badan amal penderaan domestik Refuge untuk menimbulka­n kesedaran dan mengutip dana bagi menyokong wanita dan kanak-kanak yang mengalami isu tersebut sewaktu pelaksanaa­n arahan berkurung akibat COVID-19.

Pakar telah memberi amaran bahawa wabak virus itu akan membawa kepada ‘pandemik penderaan domestik’.

Pengasinga­n diri memiliki potensi untuk memburukka­n lagi penderaan yang sedia ada oleh pesalah dan boleh menjadikan keadaan lebih mencabar bagi wanita untuk membuat laporan dan mendapatka­n bantuan.

Pemain dari pasukanpas­ukan lelaki dan wanita Chelsea telah mengambil bahagian dalam satu kempen digital, dan kelab Liga Perdana Inggeris itu telah berjanji untuk menyumbang semua derma yang diterima dalam tempoh enam minggu akan datang.

“Keganasan domestik merupakan isu yang begitu serius sekali dalam masyarakat dan kita mesti menggandak­an usaha untuk menjaga mereka yang berada dalam bahaya pada waktu pandemik yang sedang berlaku sekarang,” kata kapten Chelsea Cesar Azpilicuet­a.

“Saya begitu bangga dengan kelab saya kerana menyokong Refuge dalam kerja penting mereka untuk melindungi kanak-kanak dan wanita yang lemah.”

Ketua eksekutif Refuge, Sandra Horley, menambah: “Ini adalah isu hidup dan mati. Sekarang, lebih daripada selama ini, Refuge perlu mendekati wanita dan anak-anak mereka yang memerlukan khidmatnya.

“Terima kasih kepada Chelsea FC dan penyokongn­ya, kami berharap untuk mengutip dana yang amat diperlukan dan sampai kepada ramai lagi wanita yang mengalami penderaan. Bersama kita dapat mengubah kehidupan.”

— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia