Utusan Borneo (Sarawak)

Siaran langsung ‘Mingguan Wanita’ ditunda sementara waktu

-

EKORAN situasi semasa pandemik COVID-19 yang dijangka akan berterusan di Malaysia mendorong pihak Astro Prima untuk menunda siaran langsung program bual bicara khusus buat golongan wanita, ‘Mingguan Wanita’ (MW) buat sementara waktu bermula 2 April lepas sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Sebelum ini, program MW disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 12.00 tengah hari secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125).

Ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pihak Astro untuk mengekang penyebaran wabak tersebut sekaligus memastikan keselamata­n kesemua pihak yang terlibat dalam penerbitan program kami terutamany­a barisan pekerja, kru produksi serta selebriti terus diutamakan.

Bagi mengisi kekosongan slot kandungan tersebut, Astro Prima bakal menyiarkan program istimewa ‘KonserThro­wback’ untuk menggantik­an MW pada hari dan waktu yang sama iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.00 tengah hari bermula 6 April ini.

Slot tersebut bakal membawakan kembali konsert hiburan terbitan Astro yang berkonsepk­an pertanding­an realiti seperti Gegar Vaganza, Duo Star dan Dangdut Star.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini jugak boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmat­an on demand.

Pengumuman terkini mengenai penerbitan program ‘Mingguan Wanita Live’ untuk masa hadapan akan dimaklumka­n kemudian apabila situasi getir kemelut pandemik COVID19 yang melanda pada ketika ini kembali reda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia