Utusan Borneo (Sarawak)

AS catat 1,169 kematian COVID-19, tertinggi dalam sehari: Johns Hopkins

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah merekodkan 1,169 kematian COVID-19 sepanjang 24 jam lepas, menurut penjejak Johns Hopkins University kelmarin.

Angka kematian itu paling tinggi dalam sehari berbanding yang direkodkan di mana-mana negara lain sejak pandemik global bermula.

Angka tersebut menunjukka­n angka yang dilaporkan oleh pihak universiti di antara jam 8.30 malam Rabu dan masa yang sama kelmarin.

Rekod muram itu sebelum ini dipegang oleh Itali, di mana 969 orang meninggal dunia pada 27 Mac.

AS sekarang telah merekodkan 5,926 kematian

COVID-19 sejak permulaan pandemik.

Secara global, Itali masih mempunyai angka kematian keseluruha­n paling tinggi, dengan 13,915 orang meninggal dunia akibat COVID-19 di sana, diikuti oleh Sepanyol dengan 10,003.

AS turut merekodkan lebih 30,000 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang sama, menjadikan angka keseluruha­n bagi kes yang dilaporkan secara rasmi di seluruh negara kepada lebih 243,000, menurut Johns Hopkins.

Itu adalah kira-kira suku daripada lebih sejuta kes yang dilaporkan di peringkat global.

New York adalah pusat utama bagi wabak di AS, merekodkan lebih 1,500 kematian dan menghampir­i 50,000 kes positif, menurut jumlah yang dikeluarka­n pada lewat kelmarin oleh pihak berkuasa kesihatan bandar.

Lebih 1.3 juta ujian COVID-19 telah dilakukan di AS, Timbalan Presiden Mike Pence menyatakan kelmarin pada sidang media harian Rumah Putih mengenai virus tersebut.

“Kami sekarang melakukan lebih 100,000 ujian COVID-19 sehari,” tambah Presiden Donald Trump dalam taklimat yang sama, menyatakan bahawa itu “lebih dari mana-mana negara lain di dunia, dari segi angka sebenar dan pada asas per kapita.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia