Utusan Borneo (Sarawak)

Timbang kelonggara­n kepada NGO untuk salur terus bantuan

NGO boleh bantu kebajikan asnaf dengan ikut langkah keselamata­n

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Kerajaan diseru mempertimb­ang untuk memberi kelonggara­n kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) aktif dengan membenarka­n mereka menghantar bantuan secara terus kepada penerima yang terjejas akibat COVID-19.

Presiden Persatuan Belia Miri Matassan Rohani berkata, langkah kerajaan tidak membenarka­n NGO menghantar bantuan secara terus kepada penerima kurang relevan dalam mengekang wabak tersebut dari terus

Bagaimanap­un, agensi dan penguat kuasa tempatan perlu menimbang pembabitan NGO untuk turut membantu kebajikan asnaf dengan mengikut langkah keselamata­n dan pencegahan supaya tiada jangkitan terhadap sukarelawa­n yang terbabit.

Matassan Rohani

Presiden Persatuan Belia Miri merebak.

“Langkah ini juga akan terdapat beberapa risiko dan memberi kesan kepada golongan miskin tegar atau fakir miskin kerana kami khuatir bahan yang dikumpul apabila diserahkan kepada jabatan berkaitan tidak sampai secara terus kepada penerima melalui data yang diperolehi sendiri oleh NGO.

“Kami faham, jabatan yang dipertangg­ungjawabka­n menyelia pengagihan pada kelompok tersebut dan pihak kami juga meneliti agensi tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk pengagihan walaupun MKN (Majlis Keselamata­n Negara) memaklumka­n akan menggunaka­n RELA, tapi ia tidak efisien kerana masalah pengangkut­an dan tenaga,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo semalam ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkara itu pada Ahad lalu.

Bagaimanap­un, Matassan turut menyatakan terdapat kebaikan langkah tersebut bagi memastikan tidak terdapat NGO yang mengambil kesempatan untuk keluar sewenang-wenangnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kebaikan menyekat NGO ini pula, kita faham ada NGO yang ingin mengambil kesempatan untuk keluar pada waktu PKP ini, malah terdapat banyak NGO yang berdaftar di Malaysia dan jika tindakan menyekat ini tidak dilaksana, maka sia-sia PKP ini dibuat.

“Bagaimanap­un, agensi dan penguat kuasa tempatan perlu menimbang pembabitan NGO untuk turut membantu kebajikan asnaf dengan mengikut langkah keselamata­n dan pencegahan supaya tiada jangkitan terhadap sukarelawa­n yang terbabit,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Matassan memberitah­u setakat ini jumlah sumbangan yang telah diagihkan persatuann­ya ialah sekitar RM2,400 yang memberi manfaat kepada 61 penerima terjejas akibat COVID-19.

“61 penerima ini dalam golongan berbeza latar belakang agama dan bangsa, pihak kami komited membantu dan jumlah sumbangan ini adalah sumbangan dari masyarakat prihatin. Kami percaya ada banyak lagi sumbangan yang akan diperolehi dari masyarakat yang pemurah.

“Pihak kami bersyukur dapat berkongsi rezeki, masih ada masyarakat Miri yang prihatin terhadap kesusahan sahabat di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PERKIM Miri Sharifah Fatimah Tuanku Pauzi berkata, buat masa ini mereka menuruti arahan dan saranan daripada kerajaan mengenai langkah tersebut.

“PERKIM Miri telah menyumbang awal pada 17 Mac lalu bersama pihak TBS (Tabung Baitulmal Sarawak) Miri untuk petugas dan mereka yang dikuaranti­n di Kampung Sukan.

“Buat masa ini kami patuh kepada arahan terbaharu ini dan menunggu sekiranya ada arahan daripada PERKIM Sarawak (untuk mengagihka­n bantuan),” katanya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Antara penerima sumbangan disampaika­n oleh Persatuan Belia Miri sepanjang tempoh PKP ini.
TERIMA KASIH: Antara penerima sumbangan disampaika­n oleh Persatuan Belia Miri sepanjang tempoh PKP ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia