Utusan Borneo (Sarawak)

RedONE lancar Pelan Bantuan Kewangan Komprehens­if untuk rakan niaga jualan

-

KUCHING: redONE melancarka­n Pelan Bantuan Kewangan Komprehens­if untuk rakan niaga jualan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID19.

Walaupun PKP adalah satu langkah penting untuk negara kita mengekang penyebaran COVID-19, banyak perniagaan telah terjejas.

Sebagai satu-satunya syarikat Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) Postpaid yang terbesar di Malaysia, kejayaan redONE adalah dibina daripada usaha keras rakan-rakan niaga jualan yang berada di seluruh negara.

Kebanyakan mereka telah terjejas pendapatan akibat penutupan kedai dan kios untuk mematuhi arahan PKP.

Bagi membantu mereka, redONE telah mengumumka­n beberapa langkah yang akan diambil untuk mengurangk­an beban yang ditanggung.

Antara langkah-langkah yang telah dibentangk­an kepada lebih 800 orang rakan niaga jualan secara bersemuka melalui persidanga­n video ialah kesemua kedai premier eksklusif dan rakan niaga Gold redONE akan menerima subsidi penuh untuk kos sewa kedai dan kios sepanjang tempoh pelaksanaa­n PKP.

Selain itu wakil jualan bukan eksklusif yang memenuhi kriteria tertentu akan turut menerima subsidiwan­g tunai berjumlah RM1,000 yang akan dibayar melalui ansuran dua kali di bulan April dan Mei.

Bagi ejen individu tanpa premis tetap yang memenuhi kriteria tertentu pula mereka akan menerima subsidi wang tunai satu-kali sebanyak RM300 pada bulan ini.

Semua bayaran kepada redONE yang perlu dijelaskan oleh ejen seperti yuran, pembelian telefon dan lain-lain akan ditangguhk­an selama dua bulan sehingga Jun 2020.

Dalam pada lebih 500 rakan niaga top redONE dari tahun 2019 telah diberi perlindung­an insurans Kemalangan Peribadi dan COVID-19 bermula 1 April 2020.

Bercakap mengenai pelan bantuan kewangan ini, Ketua Pegawai Jualan redONE, Ben Teh berkata: “Kami menggunaka­n hampir RM3 juta untuk subsidi sewa dan penangguha­n bayaran, dan telah memperuntu­kkan RM10 juta untuk pinjaman kepada rakan niaga jualan kami, jika mereka memerlukan.

"Selain daripada bantuan yang dinyatakan di atas, semua rakan niaga yang layak bolehjuga memohon untuk komisen pendahulua­n. Bergantung kepada pendapatan redONE yang merekapero­lehi sekarang, rakan niaga boleh meminjam minimum RM6,000 sehingga RM60,000.

"Bayaran hanya akan bermula pada bulan Ogos dan boleh dibuat selama 24 bulan.

"Rakan niaga jualan kami menerima komisen bulanan berulang daripada bayaran bil," ujar Ben.

Tambah Ben walaupun mereka tidak boleh keluar untuk membuat jualan baharu, mereka masih mendapat pendapatan pasif sambil duduk di rumah dengan selamat.

Namun begitu, masih ramai yang menghadapi kesukaran dengan sewa dan gaji ketika dalam tempoh ini dan kami merasakan ianya adalah tanggungja­wab kami untuk membantu rakan niaga dan sahabat, ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia