Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan Zon Merah bertambah

Rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara tidak lagi dikuaranti­n di Kuala Lumpur.

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara tidak akan dikuaranti­n di Kuala Lumpur tetapi dikuaranti­n di negeri ini.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia susulan keputusan Jawatankua­sa Khas Menteri yang bersidang di Kuala Lumpur, semalam.

“Pada hari ini (semalam) keputusan Jawatankua­sa Khas Menteri yang bersidang memutuskan bahawa semua rakyat Sarawak dari luar negara tidak akan dikuaranti­n di Kuala Lumpur, tetapi dikuaranti­n di Sarawak,” kata JPBN menerusi kenyataan media, semalam.

Sebelum ini pada 31 Mac, sidang Majlis Keselamata­n Negara telah mengeluark­an arahan semua warganegar­a Malaysia yang tiba dari luar negara dikuaranti­n selama 14 hari di stesen kuarantin yang telah diwartakan.

Berhubung pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setakat semalam, ia berada pada tahap 95.5 peratus, ujar JPBN.

Kelmarin polis menangkap 32 orang di seluruh negeri kerana melanggar PKP dan seramai 44 orang telah dituduh di mahkamah pada 2 April (Khamis).

“Daripada 32 yang ditangkap, daerah Kuching antara yang tertinggi iaitu 15 orang, diikuti Miri (4), Padawan, Kota Samarahan dan Bau masing-masing tiga, Sarikei (2) manakala Bintulu dan Serian masing-masing satu,” katanya.

Bagi kes pertuduhan mengikut daerah, sehingga 2 April, daripada 44 individu, sebanyak 14 pertuduhan adalah di Kota Samarahan, diikuti Padawan (13), Serian (8), Kuching (6), Miri, Bintulu dan Meradong masing-masing (1).

Sementara itu, sebanyak 28 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Sarawak semalam.

Menurut JPBN, ini sekali gus menjadikan jumlah kes di Sarawak sebanyak 239 kes sejak kes pertama dilaporkan pada 13 Mac.

“Daripada 28 kes ini, 25 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan tiga kes di Hospital Miri.

“Pada hari ini (semalam) juga, sebanyak 130 kes baharu Orang Yang Disyaki (PUI ) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 1,509 kes,” katanya.

Daripada jumlah itu, 1,130 kes adalah negatif dan 140 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

Bagi PUI baharu itu, Daerah Kuching mencatatka­n sebanyak 52 kes dengan 16 kes disaring di Kompleks Belia dan Sukan dan 36 kes daripada Hospital Umum Sarawak.

Jawatankua­sa juga mendedahka­n, daripada 130 kes PUI baharu itu, daerah Kuching mencatatka­n kes tertinggi dengan 52 kes.

Ia diikuti daerah Betong yang mencatatka­n 27 kes PUI, Serian (19), Miri (12), Samarahan (10), Bintulu (4), Bau (3), Sibu (2) dan Asajaya (1).

JPBN semalam juga mengumumka­n kawasan dikategori­kan Zon Merah COVID-19 di Kuching bertambah dengan sebanyak 107 kes baharu positif COVID-19.

Antara kawasan berkenaan ialah Semariang (22 kes) iaitu Semariang Batu/Jalan Bentara Taman Sukma/Bandar Baru Semariang), Satok (17) iaitu Satok/Jalan Patingan/Sungai Maong, Taman Sri Wangi (16) iaitu Taman Sri Wangi/Laruh Skim/Kampung Pinang Jawa) dan Zon 1 (13) melibatkan

Jalan Arang/Stampin/Jalan Lapangan Terbang/Taman Stampin Barat/Kampung Cemerlang)/Jalan Stampin Timur/Jalan Stampin Tengah).

Kawasanlai­nialahZon2(11) iaitu Tabuan Height/Taman BDC/Jalan Stutong/Jalan Kempas, Zon 7 (11) iaitu Jalan Semaba/Batu Kawa/Taman Desa Wira/Sunny Hill/Jalan Stapok/Taman Beverly, Demak Laut (5) melibatkan Demak Laut/Demak Baru/ Kampung Rampangi, Zon 3 (4) di Kenny Hill/Central Park, Zon 4 (4) melibatkan SMK Seri Setia/Tabuan Laru/ Muara Tabuan/Tabuan Desa, Zon 5 (3) di Lorong Abdul Rahim/Taman Green Height) dan Zon 6 (1) melibatkan Taman Riverview.

 ?? — Gambar Bernama ?? NYAHCEMAR: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan proses nyahcemar dan sanitasi bagi mencegah penularan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching semalam. Operasi melibatkan keseluruha­n 29 anggota merangkumi JBPM, Bomba Airport (Perkhidmat­an Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang),
Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Malaysia Airports Berhad dan Jabatan Kesihatan.
— Gambar Bernama NYAHCEMAR: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan proses nyahcemar dan sanitasi bagi mencegah penularan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching semalam. Operasi melibatkan keseluruha­n 29 anggota merangkumi JBPM, Bomba Airport (Perkhidmat­an Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Malaysia Airports Berhad dan Jabatan Kesihatan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia