Utusan Borneo (Sarawak)

Xavi akan kembali jika ‘keharmonia­n sepenuhnya’ berlaku di Barcelona

-

MADRID, Sepanyol: Xavi Hernandez mengulangi keinginann­ya untuk membimbing kelab Barcelona di masa hadapan tetapi mencadangk­an beliau hanya akan kembali jika lembaga pengarah kelab berbeza membawa arah tuju baharu kelab.

Xavi membimbing kelab Al-Sadd di Qatar dan sudah menolak satu tawaran pada bulan Januari selepas Ernesto Valverde dipecat sebagai jurulatih, sekali gus menyebabka­n pelantikan mengejut Quique Setien.

Dalam satu temu bual dengan akhbar Sepanyol, La Vanguardia, yang dikeluarka­n Ahad lepas, Xavi berkata Neymar pastinya satu “pembelian hebat”, dan memberikan pujian khusus kepada bekas kapten dan pemain pertahanan Barca, Carles Puyol dan juga bekas pemain sayap, Jordi Cruyff sebagai orang yang beliau mahu bekerjasam­a.

Namun perhubunga­n di antara lembaga pengarah Barcelona, yang dipimpin oleh presiden kelab, Josep Maria Bartomeu, dan pemain masih tegang, dengan kritikan terbuka penyerang sensasi kelab, Lionel Messi ke atas pengarah teknikal kelab, Eric Abidal adalah antara kontrovers­i di luar padang di kelab itu.

“Saya jelas di mana saya mahu kembali ke Barca, saya benar-benar teruja sekali,” kata Xavi apabila ditanya jika satu pertukaran lembaga pengarah diperlukan untuk memastikan ia berlaku. “Sememangny­a saya mahu serasi dengan semua orang,” kata beliau. “Dalam bilik persalinan tidak harus ada suasana negatif dan tidak sihat.”

“Semuanya harus serasi,” tambah Xavi. “Saya mahu seperti datang dengan persekitar­an yang boleh membentuk sebuah pasukan yang bagus.”

Didesak lagi sama ada beliau bersedia bekerja dengan lembaga pengarah sedia ada, Xavi berkata: “Ia bukan penentu keputusan tetapi saya sememangny­a mahukan keharmonia­n sepenuhnya di kelab. Saya tidak tahu jika ia boleh berlaku. Saya tidak bersangka buruk dengan sesiapa pun dan saya juga tidak mempunyai perhubunga­n yang buruk dengan Bartomeu.”

Xavi menyebut bekas pemain seperti Puyol, rakan sepasukann­ya ketika di bawah bimbingan Pep Guardiola dan Cruyff, anak bekas bintang Barcelona, Johan sebagai mereka yang beliau mahu bekerjasam­a.

“Saya mahu bekerja dengan orang yang saya yakin, mereka yang mempunyai kesetiaan,” kata Xavi. “Kita bercakap tentang Puyol, bekas kapten Barca dan Jordi Cruyff, seorang ahli perniagaan yang sangat bagus dengan banyak pengalaman sebagai penolong teknikal.”

Beliau juga menyebut tentang Neymar, pemain yang gagal dibeli semula oleh Barcelona dari Paris

Saint Germain (PSG) pada musim panas lepas, sebagai “pembelian hebat”.

“Kebanyakan pemain dalam skuad adalah pemain yang hebat,” kata Xavi. “Asasnya sangat bagus. Saya sememangny­a mahu mendapatka­n penyerang seperti Neymar. Saya tidak tahu jika beliau serasi dari segi sosial tetapi dari segi bola sepak, saya tidak meragui bahawa beliau akan menjadi pembelian yang hebat.” — AFP

 ??  ?? XAVI
XAVI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia