Utusan Borneo (Sarawak)

Andalah hero kami, terima kasih dan Selamat Hari Doktor: Warganet

-

KUALA LUMPUR: Ketika dunia kini dilanda wabak COVID-19, ramai terpaksa membataska­n pergerakan sehingga terpaksa menjarakka­n diri antara satu sama lain kerana bimbang dijangkiti. Namun, ada insan yang tetap merapati dengan penuh tanggungja­wab memastikan sesiapa sahaja dirawat sehingga pulih.

Begitulah gambaran peribadi mulia mereka yang bergelar doktor - jasa dan pengorbana­n mereka harus dihargai sewajarnya.

Bersempena Hari Doktor Sedunia pada 30 Mac setiap tahun, ramai dalam kalangan warganet daripada pelbagai latar belakang termasuk kepimpinan negara menzahirka­n ucapan penghargaa­n kepada golongan doktor.

Perdana Menteri Tan Sri

Muhyiddin Yassin antara yang mengucapka­n Selamat Hari Doktor di laman Facebook beliau semalam, dengan turut berterima kasih kepada semua barisan hadapan negara yang berkhidmat untuk negara.

Turut menzahirka­n ucapan serupa ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang melahirkan penghargaa­n dalam laman Facebook beliau dengan ucapan ‘Selamat Hari Doktor Sedunia. Terima Kasih atas khidmat dan bakti yang dicurahkan’.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pengorbana­n doktor amat bermakna kepada negara.

“Sempena Hari Doktor

Sedunia, saya ingin merakamkan perhargaan kepada semua doktor yang berkerja siang dan malam, menggalas tugas yang amat berat dan terus berkhidmat untuk negara. Ini satu usaha dan pengorbana­n yang amat bermakna buat Malaysia. Terima kasih,” katanya di laman Twitter beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan turut memuat naik sebuah poster dalam Facebook beliau yang tertulis ‘Selamat Hari Doktor. Terima Kasih atas khidmat tanpa lelah, terima kasih berkorban masa dan tenaga, terima kasih untuk segalanya’.

Takiyuddin berkata pepatah Inggeris menyatakan ‘an apple a day keep a doctors away’ tetapi ketika dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19, pepatah itu tidaklah sesuai.

“Doktor, jururawat, malah kakitangan perubatan secara keseluruha­nnya merupakan nadi barisan hadapan yang sangat banyak membantu kita menghadapi detik getir ini. Terima kasih semua. Jasa kalian memang tidak terbalas,” demikian catatannya.

Pengguna Facebook Ameerah menulis ‘Selamat Hari Doktor Sedunia buat semua insan bergelar doktor’.

“Terima kasih di atas segala pengorbana­n masa dan tenaga. Malah mutakhir ini nyawa turut dipertaruh­kan mereka. Keluarga di rumah terpaksa ditinggalk­an, pesakit di hospital dirawat dengan penuh keikhlasan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia