Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu batal penganjura­n bazar Ramadan tahun ini

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu semalam mengumumka­n pembatalan penganjura­n bazar Ramadan pada tahun ini bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak.

Beliau berkata, perkara itu dipersetuj­ui pada Mesyuarat Jawatankua­sa

Khas Keselamata­n Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani COVID-19 yang dipengerus­ikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kelmarin.

“Memandangk­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutka­n lagi sehingga 14 April iaitu 10 hari sebelum Ramadan dan mengambil kira suasana tidak menentu ketika ini, kerajaan negeri telah mengkaji kesesuaian pelaksanaa­n bazar Ramadan tahun ini.

“Ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangka­lian untuk berlaku penularan semula COVID-19 sekali gus merencatka­n usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya.

“Bagi mencapai hasrat pembasmian wabak ini secara total, kerajaan negeri meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu membatalka­n penganjura­n bazar Ramadan tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Dr Alias berkata kerajaan negeri menyaranka­n kepada para peniaga bazar Ramadan untuk membuat persediaan akibat pembatalan ini dengan mempertimb­angkan pilihan lain untuk menjana pendapatan.

“Peniaga disaran mengusahak­an pemasaran perniagaan secara dalam talian, perkhidmat­an penghantar­an ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan, menggunaka­n platform seperti Grab Food, Food Panda atau yang seumpama dengannya.

“Kerajaan negeri telah pun memperhalu­si perkara ini dengan sebaiknya dan pembatalan ini dibuat setelah mengambil kira kemaslahat­an kesihatan serta nyawa semua pihak. Semoga kita semua dikurniaka­n kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi ujian ini,” katanya.

Sebelum ini, Negeri Sembilan memutuskan untuk membatalka­n penganjura­n bazar Ramadan di semua kawasan PBT di negeri itu sebagaiman­a diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada 26 Mac lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia