Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen derma darah diteruskan walaupun kini wabak COVID-19

-

SIBU: Bank Darah Hospital SibudanPer­satuanBula­nSabit Merah (PBSM) Cabang Sibu bekerjasam­a menganjurk­an kempen derma darah di sini selama lima hari.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, kempen itu diadakan di Ibu Pejabat BSMM Cabang Sibu, Jalan Awang Ramli Amit di sini dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

“Tarikh kempen itu ialah pada 2, 4, 5, 8 dan 10 April.

“Walaupun masih dalam tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kita mempunyai garis panduan menjalanka­n kempen mengikut arahan dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya di sini semalam.

Menurutnya, garis panduan ditetapkan ialah penderma mempunyai sejarah perjalanan ke negaranega­ra berisiko COVID-19 seperti China, Jepun, Korea Selatan, Itali dan Iran dalam tempoh 28 hari dari tarikh itu dinasihatk­an tidak menyertai kempen itu.

Jelasnya, penderma tidak mempunyai gejala tetapi mem-punyai sejarah kontak rapat dengan pesakit COVID19 atau pesakit dalam siasatan (PUI) tidak dibenarkan menderma darah selama 28 hari dari tarikh kontak.

“Menyusun aktiviti pendermaan darah dalam kumpulan kecil (maksimum 25 orang dalam satu hari dan harus mengikut masa temu janji) adalah garis panduan perlu dipatuhi,” jelasnya.

Dalam pada itu, mereka yang demam dan selesema juga tidak digalakkan menderma darah.

Sejak wabak COVID-19 melanda dan PKP, banyak penganjur telah membatalka­n aktiviti kempen derma darah secara tidak langsung menjejaska­n bekalan darah pesakit-pesakit sekitar Sibu dan Sarawak terutamany­a mangsa kemalangan, trauma, barah dan ibu-ibu mengandung bergantung dengan rawatan transfusi darah.

 ??  ?? TETAP DITERUSKAN: Risalah menunjukka­n kempen derma darah diadakan selama lima hari di Sibu.
TETAP DITERUSKAN: Risalah menunjukka­n kempen derma darah diadakan selama lima hari di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia