Utusan Borneo (Sarawak)

JPBN akan agih bantuan makanan kepada golongan miskin, gelandanga­n

-

KUCHING: Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di peringkat bahagian dan daerah akan mengagihka­n bantuan makanan kepada golongan miskin serta gelandanga­n sepanjang pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak pertindiha­n tugas.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selaku ahli jawatankua­sa berkenaan akan mengagihka­n bantuan kepada kumpulan sasaran.

Menerusi jawatankua­sa itu juga katanya, pengagihan bantuan diselaras dengan lebih baik kerana ia akan mengambil kira kepelbagai­an, kekangan geografi, keadaan infrastruk­tur di pebagai kawasan di Sarawak pada masa sama masih mematuhi PKP.

Selain itu katanya, jawatankua­sa berkenaan mempunyai struktur yang sangat jelas serta modus operandi diselaras dengan baik dan mempunyai pangkalan data penerima yang layak.

“Ini penting apabila semua berdepan situasi sukar untuk mengelak pertindiha­n tugas. Penting untuk memastikan lebih ramai orang mendapat manfaat, bukan sebuah keluarga yang sama menerima bantuan lebih daripada sekali,” katanya ketika dihubungi semalam.

Fatimah berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai permintaan beberapa NGO agar kerajaan memberi kelonggara­n serta pelepasan untuk mereka menyerahka­n sumbangan khususnya barangan keperluan harian dan makanan kepada golongan kurang berkemampu­an semasa PKP.

Permintaan itu dinyatakan selepas Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengatakan NGO yang prihatin dan ingin menyumbang barangan keperluan atau makanan dinasihati menghantar­nya ke pusat pengumpula­n di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah di seluruh negara.

Beliau pada sidang media Sabtu lepas berkata pejabat JKM daerah kini berfungsi sebagai pusat pengumpula­n sebelum diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.

“Banyak NGO yang tampil ke depan bagi membantu dengan menghantar bekalan makanan dan sebagainya. Kerajaan ingin ucapkan terima kasih atas keprihatin­an mereka.

“Bagaimanap­un, bagi mengurangk­an pergerakan, kita tidak boleh membenarka­n sebahagian­nya bebas untuk keluar dengan alasan hantar makanan.

“Oleh itu saya ingin menasihati NGO supaya hantar bekalan itu ke pusat yang diwujudkan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu di bawah JKM di setiap daerah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia