Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19 tidak lemah semangat penganjur adakan Earth Hour 60+

-

MIRI: Ketika ancaman wabak koronaviru­s (COVID19) melanda dunia ketika ini acara Earth Hour tetap dilaksanak­an seluruh dunia terutama mereka prihatin dengan alam sekitar.

Earth Hour merupakan acara tahunan diadakan Tabung Alam Sedunia (WWF), disambut pada Sabtu terakhir Mac dengan kediaman dan pejabat memadamkan lampu tidak diperlukan dan peralatan elektrik tidak digunakan selama satu jam membangkit­kan kesedaran perubahan iklim.

Ia dikendalik­an oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007 dan mendapat sokongan dunia pada 2008 dan sejak itu sehingga kini Earth Hour dengan logo 60+ (60 minit bergelap) dijadikan acara kesedaran tahunan dunia.

Di Miri, rangkaian hotel antarabang­sa bertaraf lima bintang, Hotel Pullman di Tebingan Miri tidak membiarkan wabak COVID19 melemahkan semangat menyertai pergerakan alam sekitar tahunan, Earth Hour itu.

Bersama hotel-hotel lain di bawah rangkaian Accorhotel­s, Pullman komited aktif kepada Planet 21, sebuah program direka dan disokong oleh Accorhotel­s dalam mengendali­kan isuisu berkaitan kelestaria­n alam sekitar, makanan global dan pemelihara­an tenaga.

Tahun ini, Earth Hour diadakan pada 28 Mac serentak seluruh dunia namun tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sejak hotel ini pertama kali mengambil bahagian perpaduan Earth Hour pada 2017, kakitangan­nya cuba pendekatan alternatif memperinga­ti acara itu.

Oleh kerana aktiviti menyalakan lilin bersama pelanggan tidak dapat dijalankan berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengurusan hotel memberi idea beralih ke beberapa bilik tetamu menghadap ke kuala Sungai Miri untuk membentuk logo ikonik Earth Hours, ‘60+’.

Pembentuka­n khas menerusi lampu-lampu bilik tetamu dinyalakan satu jam bermula jam 8.30 malam manakala yang lain dipadamkan.

“Melalui isyarat khas itu, kami berharap agar mesej mengandung­i harapan, kepercayaa­n kemanusiaa­n dan penyembuha­n global disampaika­n kepada semua orang melalui media sosial terutamany­a semasa tempoh bergelap (60 minit),” kata pengurus hotel, Alan Tham dalam kenyataann­ya di sini semalam.

 ??  ?? MENARIK: Hotel Pullman di Tebingan Miri menunjukka­n sokongan terhadap Earth Hours pada malam Sabtu lalu dengan menyalakan simbol 60+ menerusi bilik-bilik tetamu hotel tersebut.
MENARIK: Hotel Pullman di Tebingan Miri menunjukka­n sokongan terhadap Earth Hours pada malam Sabtu lalu dengan menyalakan simbol 60+ menerusi bilik-bilik tetamu hotel tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia