Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor dan bayi maut nahas jalan raya di Gua Musang

Van dinaiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai

-

GUA MUSANG: Seorang doktor perubatan dan bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan maut manakala tujuh lagi cedera apabila van kesihatan yang mereka naiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru di sini semalam.

Ketua Polis Gua Musang Superinten­den Mohd Taufik Maidin berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, dan anak lelakinya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulilmi.

Nahas itu berlaku pada jam 9.50 pagi.

“Doktor terbabit meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan manakala anaknya meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM) pada jam 11.02 pagi.

“Tujuh lagi yang cedera

adalah pasukan perubatan termasuk doktor dan pemandu van milik Jabatan Kesihatan Kelantan, Hospital Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mangsa yang cedera ialah pemandu Mohd Lazim Abdullah, 56, Dr Siti Salwa Mohamad Shokri, 38, Syahirah Muhamad Razali, 20, Dr Norazma Mohamad, 34, Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29, Dr Suzuanhafi­an Omar, 32, dan Dr Hazirah Sazali, 33.

Mohd Taufik berkata mereka kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketika kejadian, kesemua mangsa yang bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai dalam perjalanan ke HGM bagi tugasan rasmi.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, van yang dinaiki mereka hilang kawalan menyebabka­n kenderaan itu terbabas ke dalam longkang di tepi jalan itu.

“Mayat doktor dua beranak itu dihantar ke bilik forensik HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan pihak Polis Diraja Malaysia mengucapka­ntakziahke­pada keluarga mangsa yang meninggal dunia kerana dalam perjalanan menjalanka­n tugas,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa susulan kejadian malang tersebut.

“Saya dimaklumka­n mengenai berita kemalangan maut yang melibatkan pasukan petugas perubatan dari Hospital Kuala Krai.

“Saya mengucapka­n takziah buat keluarga mangsa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Almarhumah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook. — Bernama

Doktor terbabit meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan manakala anaknya meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM) pada jam 11.02 pagi.

Mohd Taufik Maidin

Ketua Polis Gua Musang Superinten­den

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia