Utusan Borneo (Sarawak)

Food Bank Malaysia bantu pelajar IPT memerlukan

-

BINTULU: Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan memutuskan meluaskan program Food Bank Malaysia dikendalik­an Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) ke seluruh institusi pengajian tinggi terlibat.

Inisiatif Food Bank Siswa ini berkonsepk­an ‘From the Students to the Students’ mengalu-alukan pelajar ingin terlibat dalam melaksanak­an Food Bank Siswa ini terutama daripada persatuan-persatuan pelajar bersama membantu pelajar memerlukan.

“Pelaksanaa­n Program Food Bank Siswa di Universiti Putra

Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) adalah untuk 887 pelajar dikenal pasti terjejas dan masih berada dalam kampus disebabkan PKP,” kata kenyataan Sekretaria­t Food Bank Malaysia KPNHEP Cawangan Bintulu semalam.

Justeru, usaha sama dengan pengusaha stesen minyak Petronas dan pemborong barang kawalan tempatan dibuat bagi membantu siswa dan sumbangan itu diserahkan Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP Bintulu Nazari Hassan kepada Pengetua Kolej merangkap Ketua Hal Ehwal Pelajar UPMKB Dr Kamil Latif.

Katanya, barang-barang keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan barang peribadi disumbangk­an itu diharap dapat mengurangk­an beban siswa dan siswi di UPMKB.

Beliau berkata, kerajaan memastikan pelajar sebagai pelapis negara dapat menimba lebih banyak pengalaman pelaksanaa­n program kebajikan seperti ini sekali gus memupuk semangat sukarelawa­n dan bergiat aktif dalam aktiviti di universiti.

Tambahnya, KPDNHEP mengambil langkah-langkah perlu seperti membuka ruang seluas-luasnya kepada semua pihak turut serta dalam menjayakan program ini agar sumbangan itu mampu memberi sinar baharu kepada mahasiswa di universiti.

Ini bagi menangani kos sara hidup dihadapi mahasiswa yang kian meningkat. KPDNHEP percaya semangat kesukarela­an tinggi dapat dibentuk menerusi program ini dan berharap inisiatif ini dapat diperluask­an ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Kolej Universiti, Maktab Perguruan dan lain-lain.

Bagi yang berminat menyertai program itu boleh menghubung­i Sekretaria­t Food Bank Malaysia KPDNHEP Bintulu dengan menghubung­i talian 086-332176, faksimile ke 086338252 atau e-mel ke bintulu@ kpdnhep.gov.my.

 ??  ?? BERMANFAAT: Salah seorang jururawat hospital menerima pelindung muka daripada pihak HAUS.
BERMANFAAT: Salah seorang jururawat hospital menerima pelindung muka daripada pihak HAUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia