Utusan Borneo (Sarawak)

Stok barangan keperluan asas di Miri mencukupi

-

MIRI: Stok barangan keperluan asas di bahagian ini mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri Joe Azmi Jamil berkata, pegawai penguat kuasanya menjalanka­n pemantauan setiap hari di semua pasar raya di sini bagi memastikan segalanya dipatuhi.

“Mengenai barang-barang keperluan memang mencukupi dan setiap hari pegawai penguat kuasa kami melakukan pemantauan di semua pasar raya di sini.

“Setakat ini, belum ada kenaikan harga barang dan KPDNHEP Miri belum menerima sebarang aduan daripada orang awam mengenai kenaikan harga barang,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Dalam pada itu, Joe Azmi berkata belum ada manamana pengusaha dikenakan tindakan sepanjang PKP dilaksanak­an.

Beliau berkata, tidak ada pembelian secara panik dibuat oleh pengguna sepanjang PKP.

Sebanyak 680 buah premis di sini diperiksa oleh pegawai penguat kuasa KPDNHEP Miri sejak 18 Mac hingga semalam bagi memastikan semua mematuhi peraturan ditetapkan.

Sementara itu, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dikeluarka­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) memberitah­u KPDNHEP mengambil tindakan tegas jika terdapat peniaga melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011.

Orang awam ingin membuat aduan boleh ‘whatsapp’ ke nombor 019-2794317, talian bebas tol di 1-800-886800, email ke e-aduan.kpdnhep.gov.my atau hubungi bilik gerakan pejabat Miri di 085-442700.

 ??  ?? PANTAU: Pegawai penguat kuasa KPDNHEP memantau barangbara­ng di sebuah premis di Miri.
PANTAU: Pegawai penguat kuasa KPDNHEP memantau barangbara­ng di sebuah premis di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia