Utusan Borneo (Sarawak)

600 penduduk mendapat manfaat daripada Program Mesra Bomba

-

SEBAUH: Sekitar 600 penduduk Rumah Raymond Plen, Sungai Gelam mendapat manfaat daripada Program Mesra Bomba dan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu Bersama Komuniti di sini kelmarin.

Program bermula jam 6 pagi itu dimulai dengan acara senamrobik bersama penduduk rumah panjang disusuli gotong-royong membersihk­an kawasan rumah panjang terbabit.

Turut diadakan pameran di ruai Rumah Raymond serta diselitkan dengan pertanding­an memancing udang, sukaneka dan mewarna bagi kanak-kanak.

Acara kemuncak taklimat keselamata­n rumah panjang dan demonstras­i penggunaan alat pemadam api merupakan program intraktif pasukan bomba dan penduduk rumah panjang itu.

Ketua Balai Bomba Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Zon 5 Bintulu Unjar Lum berkata program itu merupakan langkah berkesan mengelak berlaku kebakaran di rumah panjang.

“Ia dilihat amat berkesan terutama dalam aspek pencegahan kebakaran serta langkah perlu diambil setiap penduduk memadam kebakaran sekiranya api masih di peringkat kecil,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan kes kebakaran berpunca daripada litar pintas serta kecuaian penggunaan api minyak tanah, lilin, peralatan gas memasak serta barangan elektrik.

Katanya, ia dapat diatasi sekiranya setiap penduduk mempraktik­kan langkah pencegahan serta keselamata­n betul.

JBPM bersama agensi berkaitan giat menjalanka­n pelbagai kempen kesedaran kebakaran serta langkah pencegahan melalui program bomba bersama komuniti, summer camp dan sebagainya.

Terdahulu, Tuai Rumah Raymond melahirkan penghargaa­n serta terima kasih kepada JBPM Bintulu termasuk IKM Bintulu kerana menganjurk­an program memberi manfaat besar kepada penduduk rumah panjang tersebut.

“Selain itu, program juga membolehka­n penduduk rumah panjang berinterak­si secara langsung dengan pasukan bomba khususnya mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran,” katanya.

Sehubungan itu, JBPM Bintulu memberi penghargaa­n kepada dua penduduk iaitu Bujang Jabu dan Bujang Intom kerana pernah menyelamat­kan rumah panjang daripada terbakar.

Hadir sama Pengarah IKM Bintulu Dr Mohd Nawawi Omar dan Penghulu Michael Lanyau Ruma.

 ??  ?? PROGRAM BERSAMA: Raymond (empat kanan) bersama anggota bomba mengambil bahagian pada program tersebut.
PROGRAM BERSAMA: Raymond (empat kanan) bersama anggota bomba mengambil bahagian pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia