Utusan Borneo (Sarawak)

Aduan dipandang serius, hak pengguna dilindungi

Orang ramai juga berperanan bantu salur maklumat salah laku peniaga, penipuan di pasaran

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Kerajaan memandang serius aduan pengguna dan akan mengambil tindakan sewajarnya agar hak pengguna dilindungi kata Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak Datuk Stanley Tan.

Bagaimanap­un, orang ramai juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu kerajaan menyalurka­n maklumat salah laku peniaga atau penipuan di pasaran.

“Bukan sahaja maklumat kepada KPDNHEP, namun kepada pihak lain yang berkaitan,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Sarawak Robin Emerson Empurai pada Majlis Penutupan Ekspo Konsumer Sarawak 2020 di Vivacity Megamall semalam.

Justeru, pihak KPDNHEP telah melaksanak­an program kepengguna­an bagi mendidik pengguna tentang ilmu kepengguna­an yang turut memberi peluang yang baik kepada orang ramai berinterak­si secara terus kepada pegawai berkaitan.

Salah satu inisiatif pihaknya adalah penganjura­n program bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu pihak Persatuan Suara Konsumer Sarawak (COVAS) untuk mendekati pengguna dalam menyampaik­an maklumat kepengguna­an kepada masyarakat.

Ceramah kepengguna­an turut diadakan bertujuan menyampaik­an informasi tentang fungsi dan perkhidmat­an yang disediakan jabatan dan agensi seperti KPDNHEP, Jabatan Keselamata­n Jalan Raya, Consumer Forum of Malaysia dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Platform itu jelas beliau memberi manfaat kepada pengguna kerana mengumpulk­an lebih 30 agensi dan jabatan kerajaan yang berkait rapat dengan perkhidmat­an kepada pengguna. Sementara itu Presiden COVAS Michael Tiong berkata orang ramai yang telah hadir ke ekspo berkenaan bermula 14 sehingga 16 Februari mendapat manfaat daripadany­a. “Pembeli rumah dari Sibu, Bintulu dan Miri telah diberitahu di mana untuk membuat aduan mereka,” katanya. Beliau juga menyatakan harapan agar pihak jabatan kerajaan negeri yang tidak dapat menyertai tahun ini untuk turut serta pada penganjura­n seterusnya dan ekspo berkenaan akan dijalankan secara tahunan. Turut hadir Timbalan Presiden COVAS Datuk Shamsudin Abdul Rahman.

Bukan sahaja maklumat kepada KPDNHEP, nam“un kepada pihak lain yang berkaitan.

Datuk Stanley Tan

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak

 ??  ?? BERTUAH: Robin (dua kiri) menyampaik­an hadiah utama kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah ekspo berkenaan sambil disaksikan Michael (dua kanan) dan Shamsudin (kanan) di Kuching, semalam.
BERTUAH: Robin (dua kiri) menyampaik­an hadiah utama kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah ekspo berkenaan sambil disaksikan Michael (dua kanan) dan Shamsudin (kanan) di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia