MySalam: Tukang cuci lega raih semula perlindungan kesihatan
Penerima layak diminta segera memohon dan dapatkan inisiatif disediakan
GEORGE TOWN: Setelah sekian lama tidak memiliki skim perlindungan takaful akibat kekangan kewangan, kini skim perlindungan kesihatan masyarakat, mySalam, memberi sinar baharu buat golongan berpendapatan rendah yang sememangnya menginginkan kemudahan itu.
Bagi tukang cuci Zaleha Othman, 49, program mySalam yang diperkenalkan kerajaan sangat bagus kerana ia membolehkan beliau kembali berpeluang untuk mendapatkan kemudahan perlindungan kesihatan dan lebih menggembirakannya skim itu diberikan secara percuma.
“Selepas mendengar penerangan terperinci daripada pegawai mySalam tadi, saya rasa seronok dan bersyukur sangat dapat peluang untuk skim ini sebab kami tergolong dalam kalangan orang susah. Bila ada skim begini dapatlah menampung apaapa yang patut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program Karnival Info Rakyat 2020 anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini.
Zaleha berkata beliau sudah lama tidak mengambil apa-apa skim perlindungan kesihatan kerana tidak mampu untuk menampung bayaran bagi kos insurans.
Nada sama turut dilontarkan seorang lagi tukang cuci Khadijah Ariffin, 58, yang menyifatkan program tersebut suatu tindakan yang amat efektif dan terbaik daripada pihak kerajaan untuk rakyat.
Menurut Khadijah berdasarkan semakan yang dibuat, beliau layak memohon skim itu memandangkan suaminya adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).
“Jadi kami akan mohon... terima kasih kepada kerajaan laksanakan skim ini. Sekarang kita tahulah macam-macam penyakit, kadang-kadang ada penyakit yang kita tak mampu nak bayar sebab peralatan dan rawatannya mahal...orang berpendapatan rendah ini memang tidak mampu,” katanya.
Bagi seorang suri rumah, Michelle Yeoh, 68, pula beliau sangat tertarik dengan inisiatif yang disediakan kerajaan menerusi pelbagai program seperti Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) dan mySalam.
“Saya terkejut melihat begitu banyak kemudahan
Selepas mendengar penerangan terperinci daripada pegawai mySalam tadi, saya rasa seronok dan bersyukur sangat dapat peluang untuk skim ini sebab kami tergolong dalam kalangan orang susah. Bila ada skim begini dapatlah menampung apa-apa yang patut.
Zaleha Othman
Tukang cuci
disediakan kerajaan untuk rakyat. Penjelasan yang diberikan oleh pegawai yang bertanggungjawab terhadap inisiatif ini membuatkan saya kagum dan saya akan uaruarkan kepada kawan-kawan saya,” katanya.
Sementara itu, seorang kru kios mySalam, Nur Alia Najiha Mohd Jais mengalualukan penerima yang berkelayakan agar segera memohon dan mendapatkan inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan.
Menurutnya, masih ramai yang belum tahu dan sedar kewujudan skim itu dan pihaknya kini giat menjalankan kempen penerangan di seluruh negarabagimembantumasyarakat memahami pelaksanaan inisiatif kerajaan itu.
Nur Alia Najiha berkata sasaran untuk menubuhkan kios mySalam di seluruh negara adalah 125 kios dalam usaha untuk mempergiat dan menyebarluaskan pengetahuan tentang mySalam kepada masyarakat.
“Di Pulau Pinang, kios mySalam sudah dibuka di tiga hospital iaitu Hospital Pulau Pinang, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Seberang Jaya. Skim ini sangat bagus kerana kerana rakyat dapat insurans tanpa perlu bayar apa-apa. Ramai yang menyangka skim ini berbayar, tidak sebenarnya,” katanya. — Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang, Selangor, berikutan satu video yang tular di media sosial kelmarin.
KKM melalui laman Facebook
rasminya memaklumkan video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP), dalam menjalankan operasi mengesan kontak rapat.
“Tular video dengan dakwaan ada lima kes positif di Hospital Klang adalah tidak benar. Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini,” menurut catatan itu.
Kelmarin tular video berdurasi lima saat di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang. — Bernama