Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas 76 hari, Klinsmann letak jawatan selaku jurulatih Hertha

Bekas jurulatih Bayern, Jerman dan AS itu sahkan peletakan jawatan dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook

-

BERLIN, Jerman: Jurulatih Hertha Berlin, Jurgen Klinsmann, meletak jawatan di kelab Bundesliga Jerman itu selepas kurang dari tiga bulan, dengan berkata “Saya mengambil alih misi bunuh diri.”

Bekas jurulatih kelab Bayern Munich dan skuad kebangsaan Jerman dan Amerika Syarikat (AS) itu mengesahka­n peletakan jawatan beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di laman sosial Facebook dan berkata beliau akan terus kekal di kelab atas tugas penyeliaan.

“Saya mengambil alih misi bunuh diri,” kata Klinsmann kepada akhbar Bild. “Hanya dalam satu perlawanan, kami tidak mendapat apa yang saya harapkan. Kakitangan kejurulati­han berjaya mengimbang­i pasukan dan membawa ia keluar dari zon penyingkir­an.

“Dari pemahaman saya, seorang jurulatih seharusnya mendapat tanggungja­wab sukan sepenuhnya, sama seperti konsep di England. Dan kerana itu, ia juga melibatkan urusan perpindaha­n. Ini memberikan jawatan lebih kuasa. Pada beberapa minggu yang lalu, ia melibatkan terlalu banyak tenaga dengan isu sampingan. Jika saya bertanggun­gjawab untuk pasukan sebagai jurulatih, saya mahu meletakkan seluruh tenaga saya bekerja bersama pasukan.”

Kata-kata itu menyusul ekoran kenyataan awal di Facebook di mana beliau berkata: “Saya mahu

Dari pemahaman saya, seorang jurulatih seharusnya mendapat tanggungja­wab sukan sepenuhnya, sama seperti konsep di England. Dan kerana itu, ia juga melibatkan urusan perpindaha­n. Ini memberikan jawatan lebih kuasa.

Jurgen Klinsmann

Bekas jurulatih Hertha Berlin

berterima kasih kepada semua pemain, penyokong, penonton, kakitangan dan rakan saya di Hertha Berlin di atas sokongan, banyak pertemuan dan rundingan sejak 10 minggu ini. Ia adalah masa yang menarik bagi saya dengan banyak pandangan baharu. Kelab dan bandar raya ini sudah mendapat perhatian saya dengan lebih banyak lagi.

“Pada lewat bulan November, kami mengikuti permintaan kepimpinan kelab dengan pasukan yang cekap dan membantu semasa tempoh sukar. Dalam tempoh yang singkat, kami membuat perancanga­n yang baik. Dan juga kerana sokongan ramai pihak, kami meletakkan kelebihan enam mata berbanding kami dan slot playoff penyingkir­an walaupun mengharung­i banyak perlawanan sukar.

“Saya lebih dari yakin Hertha akan mencapai sasaran untuk terus kekal dalam Bundesliga. Tetapi bagi tugas ini, yang belum selesai, sebagai ketua jurulatih, saya memerlukan kepercayaa­n pemangku tugas. Terutama sekali dalam saingan mengelak penyingkir­an, semangat berpasukan dan fokus kepada perkara paling asas adalah apa yang paling penting. Jika ia tidak dijamin, saya tidak dapat mencapai potensi saya sebagai ketua jurulatih dan melaksanak­an tanggungja­wab saya.

“Kerana itu, selepas pertimbang­an sepenuhnya, saya mendapat kesimpulan di mana saya akan meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Hertha Berlin dan kembali ke tugas awal jangka panjang sama sebagai salah seorang anggota lembaga penyeliaan kelab. Penyokong, pemain dan kakitangan sudah semakin rapat dengan saya pada masa ini dan kerana itu kenapa saya akan terus memberi sokongan kepada Hertha.

Sumber yang rapat dengan Klinsmann memberitah­u penyiaran ESPN minggu lepas di mana beliau berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap kurang sokongan berikutan isu lesen jurulatih beliau pada bulan lepas.

Selepas lama tidak menjadi jurulatih di Jerman ekoran dipecat Bayern Munich pada awal 2009, Klinsmann tidak memperbaha­rui lesen jurulatih beliau, yang diperlukan setiap tiga tahun di Jerman.

Beliau terpaksa menyediaka­n dokumen sebagai bukti meneruskan pendudukan untuk memperbaha­rui lesen pada masa untuk perlawanan di tempat sendiri menentang Bayern Munich, perlawanan pertama Hertha pada 2020.

Hertha membatalka­n jadual sidang media dengan Alexander Nouri, salah seorang penolong Klinsmann Selasa lepas ketika pemain berlatih menjelang perlawanan di Paderborn Sabtu ini.

“Kami terkejut dengan apa yang berlaku pagi ini (Selasa). Terutama sekali selepas satu kerjasama yang hebat semasa tempoh pasaran perpindaha­n bulan Januari dan tiada sebarang petanda akan berlaku perkara seperti ini,” kata eksekutif sukan Hertha Berlin, Michael Preetz.

“Kami akan memberitah­u tentang perkembang­an lanjut pada masa yang sesuai.”

Preetz juga menambah Nouri akan memangku tugas ketua jurulatih buat sementara waktu.

Klinsmann, 55, dilantik oleh Hertha pada 26 November 2019 dan hanya menang tiga dari 10 perlawanan, selain tewas empat dan seri tiga.

Hertha berada di tangga ke-14 liga, enam mata di atas zon penyingkir­an. Pada bulan Januari, mereka mendapatka­n Krzysztof Piatek dari AC Milan untuk yuran sekitar 27 juta euro.

 ?? — Gambar AFP ?? LETAK JAWATAN: Klinsmann (tengah) ketika mengadakan sidang media selepas Hertha mengumumka­n pelantikan beliau sebagai jurulatih pasukan dalam gambar fail bertarikh 27 November 2019.
— Gambar AFP LETAK JAWATAN: Klinsmann (tengah) ketika mengadakan sidang media selepas Hertha mengumumka­n pelantikan beliau sebagai jurulatih pasukan dalam gambar fail bertarikh 27 November 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia