Utusan Borneo (Sarawak)

KONSERT ANTARABANG­SA PAINT THE WORLD 2020 BAKAL TAMPILKAN KELAINAN

-

KUCHING: Konsert Antarabang­sa Paint The World 2020 bakal menampil kelainan daripada penganjura­nnya sebelum ini kerana dua wanita Pakistan yang bergelut untuk mendapatka­n hak-hak mereka.

Shazia Ramzan dan Kainat Riaz yang pernah menjadi mangsa keganasan di negaranya sendiri dengan bantuan warga dunia kini menjalani kehidupan dinikmati wanita di negara lain malah kini melanjutka­n pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di United Kingdom.

“Ini adalah edisi kelima konsert Paint The World diadakan di Sarawak. Kita kerajaan negeri memberi sokongan sepenuhnya kepada penganjura­n konsert ini kerana ia berjaya memberi inspirasi serta menyuntik semangat belia Sarawak untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

“Kita percaya konsert ini juga membawa suara keamanan dan mahu berkongsi keceriaan dengan golongan kurang bernasib baik, khususnya kanak-kanak, remaja dan belia,” katanya pada sidang media mengenai penganjura­n konsert itu di bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Sementara itu Aziza Aznizan, pengasas Paint the World Malaysia, anak jati Sarawak berkata tujuan utama projek berkenaan ialah membangkit­kan kesedaran dalam kalangan belia kurang bernasib baik, mereka juga boleh berjaya.

“Kami akan menjemput kira-kira 300 kanak-kanak dan belia kurang bernasib baik menyaksika­n konsert kali ini yang akan diadakan pada 15 Februari 2020, Sabtu,” katanya.

Konsert Antarabang­sa Paint The World 2020 akan diadakan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama bermula jam 2.30 petang dan kemasukan adalah percuma.

Selain ceramah, persembaha­n nyanyian, tarian, tayangan video dan banyak lagi akan diadakan sepanjang konsert berlangsun­g.

Hadir sama Pengasas Paint The World, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabang­sa Ika Torikashvi­li serta beberapa ahli Paint The World yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? SERTAI KAMI: Abdul Karim bersama (dari kiri) Ika dan Aziza merakam kenangan bersama ahli Paint The World yang lain.
SERTAI KAMI: Abdul Karim bersama (dari kiri) Ika dan Aziza merakam kenangan bersama ahli Paint The World yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia