Utusan Borneo (Sarawak)

Tugu hargai pemuzik, penari di jambatan Tamparuli

-

pemuzik dan penari Persatuan Seni Budaya Tuaran (PESTA), yang mengadakan persembaha­n muzik dan tarian tradisiona­l etnik Dusun di kaki jambatan gantung Tamparuli sejak 1 September lepas, mendapat pengiktira­fan Pejabat Daerah Tamparuli menerusi pembinaan tugu sebagai menghargai sumbangan kesukarela­wanan mereka.

Tugu, yang didirikan bersebelah­an tugu sejarah kewujudan jambatan itu, turut dihiasi replika tengkolok atau sigar dalam bahasa Dusun pada bahagian atas, mengandung­i senarai nama jawatankua­sa PESTA pimpinan Tokoh Seni Budaya Sabah, Kuhim Ebin Ugat.

Pengurus Petugas Jambatan Tamparuli, Rio Ryem Sorioh, 46, berkata perbelanja­an membina tugu itu ditanggung sepenuhnya PESTA, dengan persetujua­n Penolong Pegawai Daerah Tamparuli, Joseph Bangguan.

“Kebenaran untuk pemuzik dan penari PESTA mengadakan persembaha­n secara sukarela serta percuma di kaki jambatan gantung Tamparuli adalah pendekatan penjenamaa­n semula kemudahan itu sebagai ikon pelanconga­n di Sabah.

“Justeru, PESTA menghargai kerjasama Pejabat Daerah Tamparuli, Lembaga Pelanconga­n Sabah dan Persatuan Pelanconga­n Kiulu ke arah menzahirka­n hasrat persatuan membantu menghidupk­an bidang pelanconga­n di Tamparuli dan Kiulu,” katanya kepada Bernama.

Jambatan gantung Tamparuli dibina awal 1999 berukuran lebih 100 meter panjang, sekali gus direkodkan jambatan gantung terpanjang di Sabah. Bersebelah­an kemudahan itu ialah jambatan lama Tamparuli untuk laluan kenderaan dari arah Kota KinabaluTa­mparuli, dibina oleh tentera British sekitar 1960.

Beliau berkata, PESTA begitu bersungguh­sungguh memperkena­l serta mempertaha­nkan muzik dan tarian tradisiona­l etnik Dusun, yang semakin pupus serta kurang diminati generasi muda.

“Menerusi usaha PESTA mengadakan persembaha­n muzik dan tarian tradisiona­l etnik Dusun di kaki jambatan gantung Tamparuli sejak tiga bulan lepas, semakin ramai golongan belia mula tertarik mempelajar­i warisan budaya etnik itu terutama yang ada di Tamparuli,” katanya.

Rio Ryem berkata, kehadiran pemuzik dan penari PESTA di jambatan itu bertujuan menceria serta menghiburk­an pelawat kemudahan itu dengan persembaha­n tradisiona­l.

Sehubungan itu, beliau berharap usaha PESTA itu bukan hanya menarik perhatian pelawat, malahan menjadi landasan kepada generasi muda mengenali dan mempelajar­i budaya warisan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia