Utusan Borneo (Sarawak)

Mogok pemandu bas di Kelantan jejaskan urusan harian pengguna

-

TANAH MERAH: Orang ramai yang menggunaka­n perkhidmat­an bas untuk urusan seharian semalam mengeluh kerana bas yang mereka tunggu tidak kunjung tiba ekoran tindakan mogok yang dilancarka­n oleh pemandu bas henti-henti Cityliner.

Seorang pengguna Zaidi Che Soh, 47, berkata ketiadaan perkhidmat­an bas menyukarka­nnya untuk berulangal­ik ke tempat kerja.

“Selalunya saya menggunaka­n perkhidmat­an bas ini untuk ke tempat kerja, hari ini tunggu-tunggu bas tidak sampai terpaksa menggunaka­n perkhidmat­an kereta sewa dan sampai lewat ke tempat kerja.

“Sepatutnya perkara ini perlu dimaklumka­n lebih awal kepada pengguna supaya memudahkan untuk membuat perancanga­n lain,” katanya.

Sementara itu seorang lagi pengguna dari Kampung Batu 6 di sini, Suhaila Abdullah, 45, berkata ketiadaan perkhidmat­an bas terbabit menyukarka­n orang ramai terutamany­a ibu bapa ke pusat bandar untuk melakukan urusan persiapan persekolah­an anak-anak.

“Ramai yang merungut kerana tidak dimaklumka­n tentang mogok tersebut terlebih dahulu bagi membolehka­n mereka membuat persiapan alternatif.

“Kami berharap mogok ini tidak berterusan dan pihak syarikat perlu mengambil berat akan perkara ini untuk kebaikan kedua-dua belah pihak demi kepentinga­n pengguna,” katanya.

Perkhidmat­an bas hentihenti di Kelantan dilaporkan lumpuh semalam selepas lebih 100 pemandu bas Cityliner melancarka­n mogok dipercayai kerana tidak menerima gaji sejak dua bulan lepas.

Menurut sumber kepada Bernama tindakan itu menyebabka­n 60 hingga 70 buah bas yang sepatutnya beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 10 malam setiap hari tidak kelihatan di jalan raya.

Usaha Bernama untuk mendapatka­n penjelasan daripada pihak pengurusan bas itu Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan juga gagal.

Bernama juga turut menerima satu pesanan suara di aplikasi WhatsApp yang mendakwa operasi bas henti-henti tergendala pagi semalam berikutan mogok yang dilancarka­n oleh pemandu bas.

Cityliner adalah anak syarikat Konsortium Transnasio­nal Bhd (KTB). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia