Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat wanita Myanmar dijumpai dengan pisau di leher

Mangsa disyaki dibunuh suaminya yang juga dari negara sama

-

Polis menerima laporan daripada majikan wanita itu memaklumka­n mangsa tidak hadir bekerja dan gagal menghubung­inya sebelum kami berjaya mengesan alamat rumah wanita tersebut kira-kira jam 8 malam ini (kelmarin) serta memanggil pemilik rumah untuk membukanya kerana berkunci.

ACP Noorzainy Mohd Noor

Ketua Polis Daerah SPU

BUTTERWORT­H: Mayat seorang wanita warga Myanmar ditemukan berlumuran darah disyaki dibunuh suaminya yang juga dari negara sama, di rumah sewa mereka di tingkat 19 sebuah apartment di Butterwort­h, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mayat mangsa, Yoon Hati Htike, 29, yang bekerja sebagai pembantu klinik itu ditemukan dalam bilik utama rumah sewa itu selepas polis memanggil pemilik rumah berkenaan untuk membuka kediaman tersebut selepas wanita itu tidak datang bekerja sejak tiga hari lepas.

“Polis menerima laporan daripada majikan wanita itu memaklumka­n mangsa tidak hadir bekerja dan gagal menghubung­inya sebelum kami berjaya mengesan alamat rumah wanita tersebut kira-kira jam 8 malam ini (kelmarin) serta memanggil pemilik rumah untuk membukanya kerana berkunci,” katanya kepada pemberita, di sini malam kelmarin.

Beliau berkata sebaik rumah itu berjaya dibuka, terdapat kesan darah di beberapa tempat di situ dan polis membuat pemeriksaa­n sebelum menemui mayat wanita tersebut dibungkus dalam selimut serta diletakkan di bawah katil di bilik utama kediaman berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaa­n polis menemui pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa masih tercucuk di lehernya dan terdapat juga beberapa kesan tikaman di badan wanita itu.

Noorzainy berkata siasatan awal dan berdasarka­n keadaan mayat yang sudah berbau busuk, wanita itu dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam dan suaminya yang juga berusia 29 tahun dipercayai melarikan diri selepas kejadian tersebut.

“Mangsa dan suaminya menyewa di rumah itu sejak empat bulan lepas. Mereka berdua merupakan pemegang kad Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR),” katanya.

Beliau berkata siasatan

awal polis tidak menolak kemungkina­n kejadian tersebut berlaku disebabkan suami mangsa cemburu dengan isterinya dan wanita itu juga pernah bercerita dengan majikannya lelaki berkenaan pernah mengugut untuk membunuhny­a.

Majikan mangsa meminta wanita itu membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamata­n mangsa, namun dia tidak sempat membuat laporan kerana dipercayai dibunuh suaminya, katanya.

Beliau berkata ekoran kejadian itu, polis kini dalam usaha mengesan suspek bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainy­a boleh menghubung­i balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan.

“Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia