Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Rakyat ringan beban ibu bapa B40 Lebih ramai pelajar diharap dapat manfaat inisiatif Nuri Nutrisi

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Bank Rakyat menyerahka­n sumbangan bantuan persekolah­an Yayasan Bank Rakyat (YBR) kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk disalurkan kepada 1,400 pelajar di Sarawak.

Penyerahan dana itu disempurna­kan oleh Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat Nizam Sani kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang diwakili Ketua Penolong Pengarahny­a Jaya Uki pada satu majlis di sini, semalam.

Nizam dalam ucapannya berkata untuk Sarawak kali ini, sebanyak RM140,00 dana akan disumbangk­an kepada 14 cawangan Bank Rakyat di negeri ini.

“Setiap cawangan menerima sumbangan dana sebanyak RM10,000 dan ia akan disalurkan kepada 100 pelajar melalui akaun Simpanan-i Nuri mereka.

“Sumbangan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n beban ibu bapa golongan B40 dari segi perbelanja­an kelengkapa­n persekolah­an anak-anak apabila sesi tahun 2020 bermula nanti,” katanya.

Menurut beliau, sumbangan itu diharap digunakan dengan sebaiknya dan dapat menaikkan semangat pelajar untuk memulakan sesi persekolah­an nanti.

“Selain itu, program ini memberi peluang kepada Bank Rakyat dan YBR untuk berbakti kepada masyarakat setempat melalui program tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Bantuan persekolah­an YBRadalahi­nisiatifCS­Ryang merupakan kesinambun­gan daripada Program Bantuan Persekolah­an YBR dianjurkan di setiap negeri di seluruh negara.

Secara keseluruha­n menerusi inisiatif itu, Bank Rakyat menerusi YBR menyumbang sejumlah RM1.47 juta kepada 14,700 pelajar di seluruh negara melalui akaun Simpanan-i Nuri pelajar yang telah terpilih.

Sementara itu, Nizam berkata Bank Rakyat juga bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) dalam Program Jom Kembali Ke Sekolah untuk membantu hampir 400 pelajar di seluruh negara.

Katanya ia untuk memberi kelengkapa­n sekolah seperti set uniform sekolah, stoking, beg sekolah dan kasut sekolah.

“Ini untuk memberi motivasi dan sokongan moral kepada pelajar supaya dapat mengekalka­n kecemerlan­gan dalam bidang akademik, sekali

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat

gus memperting­katkan minat pelajar untuk hadir ke sekolah,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak

Bank Rakyat Mohamad Shiblie Abang Sapuan dan Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat Norashikin Shaharudin.

KUCHING: Bank Rakyat menerusi Yayasan Bank Rakyat berharap lebih ramai pelajar di negeri ini, khasnya di luar bandar mendapat manfaat daripada inisiatif Nuri Nutrisi pada tahun depan.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat Nizam Sani berkata, Nuri Nutrisi merupakan satu lagi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang baharu bermula pada tahun ini.

Menurut beliau, sehingga kini terdapat dua sekolah di sekitar Kuching telah menerima manfaat daripada program berkenaan.

“Program ini sebenarnya telah bermula tahun ini dan sehingga kini lebih 2,000 pelajar kurang berkemampu­an di seluruh negara telah menerima manfaat daripada inisiatif NuriNutris­iyangmelay­akkan pelajar menerima bantuan makanan bernutrisi di sekolah.

“Di Sarawak, kita akan cuba laksanakan menerusi semua 14 cawangan Bank Rakyat dengan setiap cawangan akan ada sekolah yang mereka pilih sama ada, satu atau dua untuk program ini,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolah­an Yayasan Bank Rakyat di sini, semalam.

Nizamberka­ta,kebanyakan sekolah yang terpilih adalah di luar bandar dan Bank Rakyat berharap ia akan dapat mencapai lebih banyak lagi pelajar kurang berkemampu­an dalam program terbabit.

Beliau berkata, program berkenaan memberi peluang kepada pelajar khasnya yang kurang berkemampu­an mendapatka­n makan bernutrisi sepanjang program diadakan.

Jelasnya bagaimanap­un bagi kawasan yang tidak mempunyai cawangan Bank Rakyat, ia juga akan dipertimba­ngkan untuk program Nuri Nutrisi yang bergantung kepada permintaan di sekolah berkenaan.

“Bagi yang tiada cawangan Bank Rakyat, ia akan dilaksanak­an berdasarka­n permintaan, jika ada permintaan kita akan bergerak ke sana.

“Sebagai contoh di SK Salak di sini, kita tiada cawangan tetapikita­laksanakan­program di sekolah terbabit kerana kita melihat ada keperluan di sana,” katanya.

Mengulas lanjut, Nizam berkata Bank Rakyat menerusi yayasannya melaksanak­an pelbagai inisiatif CSR sejajar dengan Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Rakyat pada tahun ini.

Katanya, ia termasuk berteraska­n inisiatif Nuri Nutrisi iaitu menyediaka­n makanan bernutrisi kepada pelajar kurang berkemampu­an.

Katanya, sebagai organisasi tempatan pertama yang diakredita­sikan di bawah Program Seiring SDG oleh UnitedNati­onsCountry­Team in Malaysia (UNCT), Bank Rakyat dengan kerjasama UNCT telah merangka 200 program bagi membantu 20,000 kanak-kanak kurang berkemampu­an di seluruh negara untuk mendapatka­n makanan berkhasiat.

Setiap cawangan menerima sumbangan dana sebanyak RM10,000 dan ia akan disalurkan kepada 100 pelajar melalui akaun Simpanan-i Nuri mereka.

Nizam Sani

 ?? Rais Sanusi
— Gambar oleh Muhammad ?? BANTUAN: Nizam (tengah) menyampaik­an replika cek bernilai RM140,000 kepada Jaya (dua kiri) bagi program bantuan persekolah­an Yayasan Bank Rakyat pada satu majlis di Kuching, semalam. Turut kelihatan Norashikin (dua kanan) dan yang lain.
Rais Sanusi — Gambar oleh Muhammad BANTUAN: Nizam (tengah) menyampaik­an replika cek bernilai RM140,000 kepada Jaya (dua kiri) bagi program bantuan persekolah­an Yayasan Bank Rakyat pada satu majlis di Kuching, semalam. Turut kelihatan Norashikin (dua kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia