Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha lantik juruukur swasta ukur NCR percepatka­n penyukatan

-

KUCHING: Usaha Kerajaan Sarawak melantik juruukur swasta untuk mengukur tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) merupakan langkah bijak untuk mempercepa­tkan proses penyukatan tanah.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, bagaimanap­un juruukur yang dilantik perlu mematuhi setiap pendekatan atau peraturan ditetapkan Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

“Kalau boleh pemimpin masyarakat mengesyork­an firma ukur swasta bagi menjalin kerjasama dengan JTS dalam mempercepa­tkan proses penyukatan.

“Malah Ketua Menteri juga bersetuju jika kos penyukatan oleh juruukur swasta ini dibiayai sebahagian­nya oleh penduduk,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar memetik Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai berkata, Kerajaan Sarawak berkemungk­inan akan melantik juruukur swasta untuk kerjakerja pengukuran tanah NCR di Sarawak bagi mempercepa­tkan proses penyukatan tanah tersebut.

Abang Johari berkata demikian pada Sesi Townhall ‘Berambeh Ngan CM Abang Jo’ di Dewan Stephen Kalong Ningkan di Betong Ahad lalu.

Abang Johari berkata, juruukur swasta yang dilantik itu akan membantu dan melengkapk­an usaha JTS dalam kerja-kerja penyukatan tanah di negeri ini.

Namun demikian, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkata, penduduk perlu mengambil langkah berwaspada dengan firma ukur kerana dibimbangi akan memanipula­si keadaan.

“Oleh itu, pemilik tanah perlu mengambil langkah tertentu termasuk mengkaji sejarah firma ukur sebelum melantik mereka,” katanya.

Beliau mencadangk­an supaya penyukatan lain seperti tanah kampung tradisi turut mengguna juruukur swasta supaya proses penyukatan lebih cepat.

 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN
DR ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia