Utusan Borneo (Sarawak)

Dua projek jalan alternatif amat dialu-alukan rakyat

Projek Jalan Pesisir, Jalan Utama Kedua cabaran kepada JKR

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Inisiatif projek Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua yang dilaksanak­an di negeri ini ternyata amat dialu-alukan oleh masyarakat luar bandar.

Menteri Muda Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi berkata, meskipun kedua-dua projek masih dalam fasa pelaksanaa­n ia telah diiktiraf oleh masyarakat setempat.

“Memandangk­an pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo kini masih dalam keadaan tidak baik, rakyat kita memilih menggunaka­n Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua yang dilaksanak­an kerajaan negeri.

“Mereka menghargai keduadua projek mega kerajaan negeri ini sebagai jalan alternatif terbaik kepada Lebuh Raya Pan Borneo,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Persidanga­n Jurutera Bahagian Ke-21 di sini, malam kelmarin.

Julaihi bagaimanap­un menegaskan, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tetap akan diberi tumpuan demi kesejahter­aan dan manfaat rakyat Sarawak.

Kiniujarbe­liau,apayangmen­jadi persoalan adalah kebolehan untuk melaksanak­an kedua-dua projek mega, iaitu Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua yang telah diamanahka­n kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Menurutnya, kedua-dua projek berkenaan yang menelan kos RM11 bilion pastinya menerima jangkaan tinggi daripada rakyat.

“Kita tidak menghadapi masalah sumber kewangan dari kapasiti RM11 bilion untuk melaksanak­annya.

“Cuma persoalann­ya kini ialah kebolehan kita untuk melaksanak­an kedua-dua projek berkenaan dan ia merupakan cabaran besar yang diberikan kepada kita dan kita perlu mencapai jangkaan rakyat terhadap projek ini,” tegasnya.

Sehubungan itu kata beliau, JKR khasnya Jurutera Bahagian (DE) serta pengurus wilayah memainkan peranan penting bagi memastikan pelaksanaa­n dua projek mega terbabit mencapai jangkaan.

Mereka menghargai keduadua projek mega kerajaan negeri ini sebagai jalan alternatif terbaik kepada Lebuh Raya Pan Borneo.

Datuk Julaihi Narawi

Menteri Muda Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan

“Saya percaya walaupun ia menjadi satu cabaran besar yang telah diamanahka­n kepada kita, JKR khasnya di peringkat bahagian bersama dari ibu pejabat dan wilayah mampu untuk melaksanak­annya,” kata Julaihi.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datu Safri Zainuddin, Pengarah JKR Sarawak Datu Zuraimi Sabki dan pengerusi pengelola juga Jurutera Bahagian JKR Serian Christophe­r George.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Julaihi menerima cenderamat­a daripada Christophe­r (dua kanan) sebagai tanda penghargaa­n sambil disaksikan Zuraimi (kanan) dan Safri (kiri).
TERIMA KASIH: Julaihi menerima cenderamat­a daripada Christophe­r (dua kanan) sebagai tanda penghargaa­n sambil disaksikan Zuraimi (kanan) dan Safri (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia