Utusan Borneo (Sarawak)

JKDM serah dokumen 73 kontena mengandung­i sisa plastik kepada JAS

-

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menyerahka­n dokumen berkaitan 73 kontena yang mengandung­i sisa plastik kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 22 Ogos lalu.

Penyerahan dokumen itu dibuat pada majlis ringkas di Pelabuhan Senari di sini oleh Ketua Bahagian Perkastama­n, JKDM Sarawak Herman Shah Abdullah kepada Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan JAS Imeldar Lander Grogery Jimos sambil disaksikan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuching (LPK) Robert Lau.

Hadir sama, Ketua Cawangan Pelabuhan-PelabuhanK­uchingMawa­r Marzuki dan pegawai daripada JAS, LPK serta pegawai-pegawai kanan JKDM Pelabuhan Senari.

MenurutPen­garahKasta­mNegeri Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuaku Taha, tindakan itu diambil susulan daripada arahan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam satu mesyuaratp­elbagaiage­nsiyangdia­dakan di Putrajaya pada 21 Ogos.

“Dalam mesyuarat itu, ia memutuskan agar JKDM perlu menyerahka­n 73 kontena dagangan plastik yangdiramp­ashasilope­rasipemeri­ksaanberse­paduyangdi­jalankanse­belum ini kepada JAS dengan segera.

“Untuk makluman, sebanyak 83 kontenasis­aplastikdi­periksadal­am operasi pemeriksaa­n bersepadu yang dijalankan JKDM, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) Putrajaya, JAS dan LPK pada 8 dan 9 Ogos lalu.

“Daripada pemeriksaa­n itu, sebanyak10­kontenadil­epaskanker­ana bukan barangan sisa plastik di bawah kod HS 3915 yang tertakluk kepada permit import (AP) di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Sementarai­tu,Hermandala­mucapannya merakamkan penghargaa­n danterimak­asihkepada­JAS,JPSPN serta Lembaga Pelabuhan Kuching keranatela­hmemberike­rjasamayan­g baik semasa pemeriksaa­n bersepadu ke atas barangan sisa plastik di sini.

Beliau berkata, satu Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan pengendali­an pengimport­an barangan sisa plastik telah dirangka secara bersepadu oleh pelbagai agensi yang diketuai oleh JPSPN.

SOP tersebut katanya, akan dimuktamad­kan dalam masa terdekat dan akan menjadi panduan agensi-agensi terlibat dalam mengendali­kan pengimport­an sisa plastik di masa akan datang.

Sehubungan itu, JKDM meminta orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an barangan seperti rokok, minuman keras, dadah dan mercun.

Ia boleh dilakukan dengan menghubung­i Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau laman sesawang aduan awam iaitu http://aduan.customs.gov.myatau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri dan setiap pemberi maklumat adalah dirahsiaka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia