Utusan Borneo (Sarawak)

32 rakan kongsi Swinburne bersidang di Kuching

-

SEBANYAK 32 rakan kongsi Swinburne dari dalam dan luar negara hadir pada persidanga­n anjuran universiti itu barubaru ini.

Rakan kongsi yang hadir merupakan wakil dari dalam negara termasuk dari Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Subang, Johor Bahru dan Pulau Pinang, serta wakil dari Indonesia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, China (Chengdu, Nanjing dan Shanghai), India (MumbaiAndh­eri, Bangalore, Chennai dan Ahmedabad), Bangladesh, Korea Selatan dan Kuwait.

Menurut kenyataan media kelmarin, persidanga­n itu bertujuan merapatkan hubungan kerja Jabatan Pemasaran dan Pengambila­n Pelajar dari Swinburne dengan rakanrakan kongsi tersebut.

Ia juga memberi peluang kepada wakil rakan kongsi tersebut untuk mengenali Kuching sebagai bandar raya yang sesuai untuk pelajar melanjutka­n pelajaran terutama mereka yang ingin mendapatka­n pendidikan bertaraf Australia pada kos yang berpatutan.

Sepanjang persidanga­n yang berlangsun­g selama tiga hari itu, wakil-wakil tersebut turut menghadiri jamuan makan malam sebaik tiba di Kuching.

Selain itu, mereka turut menghadiri sesi taklimat bersama Fakulti Perniagaan, Reka Bentuk dan Seni, Fakulti Kejurutera­an, Pengkomput­eran dan Sains, Sekolah Praunivers­iti dan melawat makmal, kediaman pelajar, gim dan perpustaka­an Swinburne.

Di samping itu, wakil-wakil rakan kongsi berkenaan mengambil bahagian dalam aktiviti ‘Amazing Meow Hunt’ dengan meneroka sekitar bandar raya Kuching untuk memenangi hadiah.

Selesai aktiviti tersebut, mereka diberi peluang sama ada menyertai aktiviti bersantai ke Semenggoh Wildlife Rehabilita­tion Centre atau Tribal Remedy.

Pada malam hari pula, wakil-wakil rakan kongsi tersebut dijemput ke jamuan makan malam di Hilton Kuching dengan tema ‘Night of the Mystical Sarawak’.

Swinburne adalah universiti Australia yang mempunyai kampus induk di Melbourne, Australia dan kampus antarabang­sa di Kuching.

Kampus Kuching menawarkan peluang untuk memiliki ijazah bertaraf luar negara pada kos yang berpatutan dalam bidang perniagaan, reka bentuk, kejurutera­an, pengkomput­eran dan sains.

Kurikulum yang diajar dan penilaian yang dibuat adalah setaraf dan sejajar dengan standard kampus Melbourne.

Pengambila­n bulan Ogos (Praunivers­iti dan Diploma) dan September (Sarjana Muda) 2019 kini dibuka.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pengambila­n tersebut, layari laman web

www.swinburne.edu.my atau emel kepada study@swinburne.

edu.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne, layari laman Facebook (@ swinburnes­arawak), Instagram (@swinburnes­arawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Wakil-wakil rakan kongsi dan kakitangan Swinburne merakamkan gambar kenangan.
SELAMAT DATANG: Wakil-wakil rakan kongsi dan kakitangan Swinburne merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia