Utusan Borneo (Sarawak)

EPL: Tottenham, Arsenal mantapkan pasukan dengan pemain baharu

-

LONDON: Tottenham mendahului pada hari terakhir yang sibuk bagi jendela perpindaha­n Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kontrak untuk Giovani Lo Celso dan Ryan Sessegnon, manakala Arsenal memperkuat­kan pertahanan mereka dengan pembelian Kieran Tierney dan David Luiz.

Pengerusi Spurs Daniel Levy telah menerima tekanan daripada pengurus Mauricio Pochettino untuk meneruskan kemajuan yang dicapai di dalam dan di luar padang selepas Tottenham pindah ke sebuah stadium baharu dengan kapasiti 62,000 orang dan mara ke final Liga JuaraJuara pada musim lepas.

Selepas pembelian rekod kelab bagi pemain tengah antarabang­sa Perancis, Tanguy Ndombele, pengambila­n Lo Celso dan Sessegnon menambah kekuatan yang amat diperlukan oleh skuad Spurs yang sebelum ini tidak ada rekrut baharu selama 18 bulan.

Lo Celso, pemain tengah antarabang­sa Argentina, menyertai kelab itu sebagai pemain pinjaman selama semusim dari Real Betis dengan pilihan untuk menetapkan perpindaha­n pada musim panas akan datang.

Sessegnon, pemain antarabang­sa bawah 21 England, tiba dari Fulham dalam perjanjian bernilai 25 juta pound (RM150 juta) yang boleh meningkat kepada 30 juta pound dalam penambahan berkaitan prestasi di bawah kontrak selama enam tahun.

Arsenal amat memerlukan rekrut pertahanan untuk menguatkan barisan belakang yang melepaskan 51 gol dalam EPL pada musim lepas dan terlepas peluang untuk bermain bola sepak dalam Liga Juara-Juara bagi tahun ketiga berturut-turut.

Minat kelab London itu sejak sekian lama kepada Tierney akhirnya mendapat lampu hijau apabila struktur bayaran bagi perpindaha­n bernilai 25 juta pound (RM150 juta) dipersetuj­ui.

“Saya sudah menjalani impian saya dan saya amat menyukai setiap minit di sana,” kata Tierney selepas dia meninggalk­an kelab zaman kanak-kanaknya.”

Arsenal kemudian mendapatka­n perlindung­an yang amat diperlukan di posisi pertahanan tengah dalam kontrak bernilai 8 juta pound (RM48 juta) untuk Luiz. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia