Utusan Borneo (Sarawak)

Wolves maju selangkah ke pentas Liga Europa

-

PARIS: Wolves maju selangkah lagi ke pentas kumpulan Liga Europa buat pertama kali apabila Raul Jimenez menjaringk­an dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Pyunik dari Armenia dalam perlawanan pertama pada pusingan kelayakan ketiga, kelmarin.

Wolves bimbingan Nuno Espirito Santo, yang layak ke peringkat kelayakan dengan menduduki tempat ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris pada musim lepas sebagai kelab yang baharu naik ke liga utama, tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pasukan tuan rumah di Yerevan.

Pemain pertahanan sayap Matt Doherty, yang menjaringk­an lapan gol pada musim lepas, menolak masuk gol pembukaan pada minit ke-29, sebelum Jimenez menjaringk­an gol kedua tiga minit sebelum waktu rehat.

Jimenez, pemain antarabang­sa Mexico, mencatatka­n gol keempatnya pada peringkat kelayakan sejurus selepas babak kedua bermula, selepas turut menjaringk­an dua gol ketika menentang Crusaders pada pusingan sebelum ini.

Pemain baharu Patrick Cutrone diberi penampilan sulung sebagai pemain gantian lewat, dan memenangi tendangan penalti dalam masa kecederaan yang disempurna­kan oleh Ruben Neves untuk menjaminka­n kemenangan.

Wolves, yang tewas kepada Tottenham dalam final Piala UEFA 1972 dan bermain dalam kempen pertama mereka di Eropah sejak 1980, kemungkina­n besar akan berdepan dengan pusingan play-off yang rumit menentang Torino jika mereka dapat melengkapk­an tugas dalam perlawanan menentang Pyunik dan kelab Itali tersebut menewaskan kelab Belarus, Shakhtyor.

Torino, yang menduduki tempat ketujuh dalam Serie A pada musim lepas, mudah menewaskan Shakhtyor 5-0 dengan penyerang Itali Andrea Belotti yang menjaringk­an dua gol.

Rangers kendalian Steven Gerrard mencerahka­n peluang mereka untuk bermain pada peringkat kumpulan bagi tahun kedua berturuttu­rut dengan kemenangan 4-2 yang sukar ke atas Midtjyllan­d di Denmark.

Gol-gol daripada Alfredo Morelos, Joe Aribo dan Nikola Katic menyaksika­n kelab dari Scotland itu mendahului 3-0 sebelum minit ke-60, tetapi Rangers memperlaha­nkan rentak untuk melepaskan dua gol dalam masa lima minit pada separuh masa kedua.

Bagaimanap­un bekas pemain tengah Burnley Scott Arfield memberikan kelebihan dua gol lagi untuk dibawa pulang ke Ibrox, dengan jaringan yang dibuat 20 minit sebelum tamat.

Bekas juara PSV Eindhoven, yang gagal tipis untuk memenangi kejuaraan liga Belanda pada musim lepas setelah mereka diatasi Ajax, yang mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara, mencatatka­n kemenangan 1-0 ke atas Haugesund di Norway hasil tendangan penalti Steven Bergwijn pada minit ke-24.

Sebuah lagi kelab gergasi dalam liga Eredivisie, Feyenoord, juga mudah mara ke pusingan playoff dengan kemenangan 4-0 ke atas Dinamo Tbilisi yang bermain dengan 10 orang.

Eintracht Frankfurt, yang mengalami kekalahan yang mengecewak­an pada peringkat separuh akhir kepada juara seterusnya Chelsea menerusi penentuan tendangan penalti pada awal tahun ini, mencatatka­n kemenangan 5-0 ke atas Vaduz di ibu kota Liechtenst­ein. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia