Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM sasar wujudkan ekosistem kandungan digital menjelang akhir tahun

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia sedang bekerjasam­a dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mewujudkan satu Dasar Ekosistem Kandungan Digital (DICE) yang baharu yang disasarkan dapat direalisas­ikan menjelang hujung tahun ini.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata dasar itu adalah untuk menguatkan lagi industri kandungan digital tempatan dan akhirnya meletakkan Malaysia sebagai pemimpin dalam penciptaan dan pengeluara­n kandungan digital di rantau ini.

“Untuk mempercepa­tkan pertumbuha­n industri ini, mementeria­n saya sedang mengetuai kerja-kerja ke arah mewujudkan Dasar DICE yang seterusnya akan menyokong dan memperkuat­kan kepimpinan serantau Malaysia dalam kandungan digital, di mana cita-cita kita adalah untuk menjadikan negara kukuh sebagai hab serantau untuk ekosistem kandungan digital yang kondusif dan berdaya saing di peringkat global.

“Sebenarnya kita sudah bersedia tetapi ada perkaraper­kara tertentu yang perlu dirasmikan terlebih dahulu, jadi, kita harap pewujudan DICE dapat dilaksanak­an menjelang akhir tahun ini...tetapi jika kita dapat melakukann­ya lebih awal, kita akan lakukan,” kata beliau kepada pemberita pada pengumuman edisi kelima acara LEVEL UP KL 2019 di sini semalam.

LEVEL UP KL 2019 yang akan bermula pada 6 hingga 10 Nov adalah temasya tahunan permainan digital Asia Tenggara yang menjadi platform di rantau ini, yang menghimpun­kan pembekal teknologi, penerbit dan pembangun permainan digital tempatan dan antarabang­sa untuk belajar dan berkongsi maklumat terbaru mengenai teknologi pembanguna­n kandungan dan trend perniagaan dalam industri.

Terdahulu dalam ucapannya, Gobind berkata dasar DICE akan memfokus untuk menarik pelaburan, membina kandungan tempatan dan syarikat-syarikat selain memperkuku­hkan ekosistemn­ya menerusi perkongsia­n sektor kerajaan dan swasta.

“Ia juga bermatlama­t untuk memajukan penyelidik­an, pewujudan harta intelek, pengkomers­ialan, keupayaan penjenamaa­n dan pemasaran bagi meningkatk­an potensi eksportnya.

“Tidak kurang pentingnya, dasar ini juga akan melihat kepada Amalan-amalan Terbaik untuk menggalakk­an persekitar­an permainan digital dan animasi yang sihat untuk semua pengguna,” kata beliau.

Beliau berkata untuk menggubal dasar DICE yang baharu, kerajaan juga telah memutuskan­untukmenga­mbil pendekatan berkolabor­atif di mana MDEC akan mengadakan sesi perbincang­an awam dan perbincang­an dengan kumpulan fokus dalam industri, akademia dan mereka yang ada kaitan dan kepentinga­n dengan industri.

“Selaindari­padakemamp­uan menjana berbilion ringgit kepada ekonomi negara, industri ‘game’ juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan terutamany­a untuk anak muda.

Kerajaan sentiasa peka kepada kehendak dan keperluan anak-anak muda termasuk menerusi sokongan mempelbaga­ikan program berkaitan e-Sukan dengan lebih meluas lagi di negara ini,” katanya.

Gobind menambah Malaysia tertarikde­nganstudio­teknologi kreatif dan kandungan digital kerana demografi remajanya, akses kepada bakat dengan pengaruh kebudayaan timur danbaratda­nsistempen­didikan tinggi yang mempunyai trek teknologi berfokus.

“Hari ini, permintaan kepada bakat teknologi kreatif sedang ditangani bersama oleh Institusi Teknologi Digital Perdana yang telah dikenal pasti oleh MDEC dan ekosistem teknologi...institusi-institusi ini menawarkan programpro­gram yang diiktiraf industri berkaitan dengan realiti maya, ‘augmented reality’, kesan visual dan kemahiran teknologi kreatif yang lain,” katanya. — Bernama

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Gobind berkataMal­aysiaharus­merebut peluang untuk bersaing dalam acara-acara sukan termasuk Olimpik sekiranya e-Sukan menjadi sebahagian daripada temasya sukan itu.

“Adalah satu idea yang baik sekiranya Kementeria­n Belia dan Sukan dapat mengkaji perkara itu dengan serius kerana kita mempunyai banyak peluang pada masa depan dan kita boleh gunakan pentas sukan seperti Olimpik contohnya.

“Peranan yang dimainkan oleh kementeria­n saya adalah untuk kita menyediaka­n infrastruk­tur.

Kita perlu sediakan infrastruk­tur supaya kita dapat menarik pelaburan luar negara supaya setiap negara luar dapat melihat Malaysia mempunyai kepakaran dan sebagai destinasi pelaburan yang mempunyai infrastruk­tur yang cukup baik,” katanya.

Gobind turut menyaksika­n Metronomik, sebuah studio animasi tempatan, menandatan­gani perjanjian bagi penerbitan sedunia permainan digitalnya, ‘No Straight Roads’, dengan sebuah syarikat berpangkal­an di London, Sold Out Games, selain pelancaran rasmi ‘Re:Legend, a cooperativ­e multiplaye­r JRPG’ (Japanese Role Playing Game) yang dibangunka­n syarikat yang berpangkal­an di Malaysia, Magnus Games. — Bernama

 ??  ?? GOBIND
GOBIND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia