Utusan Borneo (Sarawak)

Adakah anda bersedia untuk menjadi perintis dalam industri digital?

-

DALAM melaksanak­an transforma­si ekonomi digital, Sarawak kini sedang mengalami perubahan yang mengujakan secara perlahan-lahan tetapi semakin berterusan.

Perubahan ini bermakna, lebih ramai belia akan mengambil bahagian dalam membentuk semula landskap industri yang pelbagai dan mewujudkan peluang pekerjaan serta inovasi digital baharu.

Industri digital adalah sektor yang semakin berkembang sehingga terdapat banyak peluang untuk diterokai oleh para belia.

Pada masa ini, jika anda memutuskan untuk meneroka sektor digital baharu di Sarawak, maka anda boleh dianggap sebagai salah seorang perintis dalam industri tempatan.

Daripada sektor perubatan hingga pembuatan, menjadi perintis bermakna anda akan menjadi antara orang yang pertama dalam mewujudkan sesuatu dalam komuniti anda.

Memulakan sesuatu terutama dalam industri digital mungkin menyeronok­kan tetapi ia juga bermakna anda akan berhadapan dengan kritikan dan keraguan daripada orang di sekeliling anda.

Oleh itu, untuk membawa transforma­si digital, anda perlu mempunyai minda yang kuat serta berani dalam mengejar idea anda.

Anda mungkin perlu berfikir dengan cara yang berlainan, mendedahka­n diri anda kepada risiko, tidak menghirauk­an orang yang tidak percaya dengan anda dan tetap fokus pada apa yang anda ingin capai.

Menjadi perintis juga bermakna anda perlu membuat perancanga­n atau pelan tindakan yang kukuh dengan tujuan yang jelas.

Dengan berbuat demikian, anda boleh mencapai kejayaan dan pada masa yang sama mendapat sokongan untuk inisiatif transforma­si digital yang lebih luas.

Oleh yang demikian, anda juga perlu menyuntik modal yang mencukupi untuk pelan permulaan anda.

Dengan berbuat demikian, tindakan anda akan membolehka­n anda berada di landasan yang betul dan sentiasa bersedia.

Oleh kerana produk atau perkhidmat­an yang anda bawa dalam komuniti juga sesuatu yang baharu kepada mereka, anda perlu memastikan konsep anda mudah difahami.

Ini amat penting untuk usahawan digital yang sedang mencari bakal pelanggan anda.

Sebagai seorang usahawan, anda harus ingat bahawa kemungkina­n besar anda ingin mengubah industri, sama ada dengan meningkatk­an operasi semasa atau memperkena­lkan produk, konsep dan perkhidmat­an baharu.

Di samping itu, penting untuk anda mengetahui keutamaan pengguna atau pelanggan berpotensi anda.

Oleh itu, anda harus melihat secara mendalam apa yang diperlukan oleh pengguna secara keseluruha­n dan pada masa yang sama mengenal pasti jurang antara apa yang sudah ditawarkan dan apakah aliran terkini.

Sebagai contoh, salah satu produk digital tempatan terbaik yang memahami keperluan pasaran sasarannya adalah aplikasi dompet mudah alih Sarawak, iaitu Sarawak Pay.

Ciri utama yang membezakan Sarawak Pay daripada seluruh dompet mudah alih sedia ada adalah aplikasi tersebut mempunyai senarai pedagang dan pembeli tempatan untuk membayar kemudahan air dan elektrik.

Dengandemi­kian,Sarawak Pay bukan sahaja menawarkan kemudahan yang lebih baik tetapi juga memudahkan rakyat Sarawak untuk beralih ke arah masyarakat tanpa tunai.

Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia